Dua Tawarikh 27:1-9

  • Yotam, raja Yehuda (1-9)

27  Yotam+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Ibunya ialah Yerusah, anak perempuan Zadok.+  Yotam terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa seperti bapanya+ dan dia tidak menceroboh ke dalam Rumah Yehuwa.+ Tetapi rakyatnya terus berdosa.  Dia membina Pintu Gerbang Atas di Rumah Yehuwa+ dan melakukan banyak kerja pembinaan di tembok Ofel.+  Dia juga membina kota-kota+ di kawasan pergunungan Yehuda+ dan mendirikan kubu+ dan menara+ di kawasan hutan.  Yotam berperang dengan raja Ammon+ dan mengalahkan mereka. Maka pada tahun itu, orang Ammon membayar ufti kepadanya, iaitu sebanyak 3,420 kilogram* perak, 10,000 bekas* gandum, dan 10,000 bekas barli. Mereka juga membayar ufti yang sama kepadanya pada tahun kedua dan ketiga.+  Yotam bertambah kuat kerana dia bertekad untuk berjalan mengikut haluan Yehuwa, Tuhannya.  Berkenaan kisah hidup Yotam yang lain, iaitu kisah tentang apa yang dilakukannya dan bagaimana dia berperang, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda.+  Dia berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun.+  Yotam meninggal lalu dikebumikan di Kota Daud.+ Ahas, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.+

Nota Kaki

Harfiah, “100 talenta.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “10,000 kor.” Lihat Lampiran B14.