Dua Tawarikh 15:1-19

  • Asa menyingkirkan ibadat palsu (1-19)

15  Tuhan mencurahkan kuasa suci-Nya* ke atas Azarya anak Oded  lalu Azarya pergi berjumpa dengan Asa dan berkata kepadanya, “Wahai Asa dan semua orang Yehuda dan Benyamin, dengarlah kata-kataku! Yehuwa akan menyertaimu selagi kamu tidak meninggalkan-Nya.+ Jika kamu mencari-Nya, Dia akan membiarkan diri-Nya ditemukan oleh kamu.+ Tetapi jika kamu meninggalkan-Nya, Dia akan meninggalkan kamu juga.+  Sudah lama Israel hidup tanpa Tuhan yang benar, tanpa imam-imam yang mengajar mereka, dan tanpa hukum.+  Tetapi pada masa kesusahan, orang Israel kembali kepada Yehuwa, Tuhan mereka. Mereka mencari-Nya, dan Dia membiarkan diri-Nya ditemukan oleh mereka.+  Pada masa itu, tiada sesiapa pun yang dapat pergi ke mana-mana dengan selamat kerana seluruh negeri berada dalam keadaan huru-hara.  Bangsa menghancurkan bangsa, dan kota menghancurkan kota kerana Tuhan mengacau-bilaukan mereka dengan banyak kesusahan.+  Tetapi hendaklah kamu berani dan janganlah tawar hati+ kerana kamu akan mendapat ganjaran atas segala usahamu.”  Sebaik sahaja Asa mendengar kata-kata ini dan nubuat Nabi Oded, dia memberanikan diri. Dia menyingkirkan semua patung berhala yang menjijikkan dari seluruh Yehuda+ dan Benyamin, dan dari kota-kota di kawasan pergunungan Efraim yang telah ditawannya. Kemudian dia membaik pulih mazbah Yehuwa yang terletak di anjung Rumah Yehuwa.+  Dia mengumpulkan semua penduduk Yehuda dan Benyamin. Dia juga mengumpulkan sebilangan besar penduduk asing yang terdiri daripada orang Efraim, orang Manasye, dan orang Simeon.+ Mereka sedar bahawa Tuhan Yehuwa menyertai Asa, maka mereka meninggalkan Israel dan berpihak kepada Asa. 10  Mereka semua berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun ke-15 pemerintahan Asa. 11  Pada hari itu, mereka mempersembahkan hasil jarahan mereka kepada Yehuwa sebagai korban, iaitu sebanyak 700 ekor lembu dan 7,000 ekor biri-biri. 12  Selain itu, mereka membuat perjanjian untuk menyembah* Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa.+ 13  Sesiapa sahaja, baik tua mahupun muda, lelaki atau wanita, akan dibunuh jika mereka enggan menyembah Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 14  Mereka bersumpah kepada Yehuwa dengan suara yang lantang, diiringi dengan sorakan yang gembira, tiupan trompet, dan tiupan tanduk. 15  Segenap penduduk Yehuda bersukacita kerana mereka telah mengangkat sumpah itu dengan sepenuh hati. Mereka mencari Yehuwa dengan sungguh-sungguh, dan Dia membiarkan diri-Nya ditemukan oleh mereka.+ Dia juga terus mengurniai mereka kedamaian di seluruh negeri itu.+ 16  Raja Asa bahkan menyingkirkan neneknya Maakha+ daripada kedudukannya sebagai bonda ratu. Hal ini demikian kerana Maakha telah membuat patung berhala yang lucah untuk digunakan dalam penyembahan tiang suci.*+ Asa merobohkan patung berhala itu, menghancurkannya lalu membakarnya di Lembah Kidron.+ 17  Walaupun tempat-tempat ibadat* di Israel tidak dimusnahkan,+ Asa tetap menyembah Tuhan dengan sepenuh hati sepanjang hayatnya.+ 18  Dia meletakkan semua perak, emas, dan pelbagai perkakas yang telah disucikan olehnya dan bapanya ke dalam rumah Tuhan yang benar.+ 19  Peperangan tidak berlaku sehingga tahun ke-35 pemerintahan Asa.+

Nota Kaki

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Atau “mencari.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.