Dua Tawarikh 14:1-15

  • Kematian Abia (1)

  • Asa, raja Yehuda (2-8)

  • Asa mengalahkan 1,000,000 orang askar Etiopia (9-15)

14  Akhirnya Abia meninggal dan dikebumikan di Kota Daud.+ Anaknya yang bernama Asa menggantikannya sebagai raja. Semasa pemerintahan Asa, negeri itu aman selama 10 tahun.  Asa melakukan apa yang baik dan benar di mata Yehuwa, Tuhannya.  Dia menyingkirkan mazbah-mazbah tuhan asing+ dan tempat-tempat pemujaan,* menghancurkan tugu-tugu suci,*+ dan merobohkan tiang-tiang suci.*+  Selain itu, dia menyuruh orang Yehuda untuk menyembah Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka. Dia juga menyuruh mereka untuk mematuhi Hukum dan perintah-perintah Tuhan.  Asa menyingkirkan tempat-tempat pemujaan dan tempat membakar kemenyan yang ada di semua kota Yehuda.+ Kerajaan itu aman di bawah pemerintahannya.  Memandangkan negerinya aman, dia membina kota-kota berkubu di Yehuda.+ Negeri Asa bebas daripada perang selama beberapa tahun itu kerana Yehuwa mengurniakan keamanan kepadanya.+  Asa berkata kepada orang Yehuda, “Marilah kita membina kota-kota ini dan mendirikan tembok, menara,+ dan pintu gerbang yang berpalang di sekelilingnya. Kita menguasai negeri ini kerana kita menyembah Yehuwa, Tuhan kita. Kita telah mencari-Nya, dan Dia mengurniakan kedamaian kepada kita.” Demikianlah kerja pembinaan mereka berjalan dengan lancar.+  Asa mempunyai 300,000 orang askar dari Yehuda, yang dilengkapi dengan perisai besar dan tombak. Dia juga mempunyai 280,000 orang pahlawan gagah dari Benyamin, yang membawa perisai kecil* dan busur.+  Beberapa lama kemudian, Zerah, seorang lelaki Etiopia,* datang melawan mereka. Dia membawa 1,000,000 orang askar dan 300 buah kereta kuda.+ Apabila Zerah tiba di Maresa,+ 10  Asa keluar untuk menentang dia. Mereka mengatur barisan tentera masing-masing di Lembah Zefata, yang terletak di Maresa. 11  Asa berseru kepada Yehuwa, Tuhannya,+ “Ya Yehuwa, Engkau dapat menolong sesiapa pun, tidak kira sama ada bilangan mereka banyak atau sedikit, atau sama ada mereka kuat atau lemah.+ Ya Yehuwa, Tuhan kami, bantulah kami kerana kami bergantung pada-Mu.+ Demi nama-Mu, kami datang menentang angkatan tentera yang besar ini.+ Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan kami. Janganlah biarkan manusia yang fana mengalahkan-Mu.”+ 12  Oleh itu, Yehuwa mengalahkan askar Etiopia di depan mata Asa dan orang Yehuda, lalu askar Etiopia melarikan diri.+ 13  Asa dan tenteranya mengejar mereka sampai ke Gerar.+ Banyak askar Etiopia yang dibunuh. Akhirnya tiada seorang pun antara mereka yang masih hidup kerana Asa dan tenteranya mengalahkan mereka dengan bantuan Yehuwa. Selepas itu, tentera Yehuda mendapat banyak sekali barang jarahan. 14  Seterusnya, Yehuwa menyebabkan penduduk di semua kota di sekitar Gerar takut kepada-Nya. Jadi tentera Yehuda menyerang semua kota itu dan merampas harta penduduknya kerana ada banyak barang yang dapat dijarah di sana. 15  Mereka juga menyerang khemah-khemah penternak dan merampas banyak ternakan dan unta. Selepas itu, mereka pulang ke Yerusalem.

Nota Kaki

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.
Atau “Habsyah.”