Satu Tawarikh 9:1-44

  • Salasilah keluarga selepas pulang dari Babilon (1-34)

  • Pengulangan garis keturunan Saul (35-44)

9  Semua orang Israel didaftarkan menurut salasilah keluarga masing-masing. Senarai itu ditulis dalam Buku Raja-Raja Israel. Orang Yehuda ditawan dan dibawa ke Babilon kerana mereka tidak setia.+  Penduduk yang mula-mula kembali dari Babilon ke kota-kota dan tanah milik mereka ialah sebilangan orang Israel, para imam, orang Lewi, dan hamba-hamba Rumah Tuhan.*+  Sesetengah orang daripada keturunan Yehuda,+ Benyamin,+ Efraim, dan Manasye tinggal di Yerusalem. Berikut merupakan nama-nama mereka:  Utai, yang berasal daripada keturunan Perez+ anak Yehuda (Utai ialah anak Amihud, Amihud ialah anak Omri, Omri ialah anak Imri, Imri ialah anak Bani);  Asaya dan anak-anak lelakinya, yang berasal daripada keturunan Selah (Asaya ialah anak sulung dalam keluarga bapanya);  dan Yeuel bersama 690 orang saudara lelaki mereka, yang berasal daripada keturunan Zerah.+  Daripada keturunan Benyamin pula, terdapat Salu (Salu ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Hodawia, dan Hodawia ialah anak Hasenua),  Ibneia (Ibneia ialah anak Yeroham), Ela (Ela ialah anak Uzi, dan Uzi ialah anak Mikhri), dan Mesulam (Mesulam ialah anak Shefatiya, Shefatiya ialah anak Rehuel, dan Rehuel ialah anak Ibnia).  Saudara-saudara lelaki mereka berjumlah 956 orang, dan disenaraikan mengikut keturunan masing-masing. Mereka semua ialah ketua puak. 10  Daripada keturunan imam-imam, terdapat Yedaya, Yehoyarib, Yakhin,+ 11  Azarya (Azarya ialah anak Hilkia, Hilkia ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Zadok, Zadok ialah anak Merayot, dan Merayot ialah anak Ahitub, seorang pemimpin di rumah Tuhan yang benar), 12  Adaya (Adaya ialah anak Yeroham, Yeroham ialah anak Pasyhur, dan Pasyhur ialah anak Malkia), Maasai (Maasai ialah anak Adiel, Adiel ialah anak Yahzera, Yahzera ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Mesilemit, dan Mesilemit ialah anak Imer), 13  dan saudara-saudara mereka yang berjumlah 1,760 orang. Mereka semua ialah ketua puak yang gagah dan dapat berkhidmat di rumah Tuhan yang benar. 14  Daripada orang Lewi, iaitu keturunan Merari, terdapat Semaya+ (Semaya ialah anak Hassub, Hassub ialah anak Azrikam, dan Azrikam ialah anak Hasabia), 15  Bakbakar, Heres, Galal, Matania (Matania ialah anak Mika, Mika ialah anak Zikhri, dan Zikhri ialah anak Asaf), 16  Obaja (Obaja ialah anak Semaya, Semaya ialah anak Galal, dan Galal ialah anak Yedutun), dan Berekia (Berekia ialah anak Asa, dan Asa ialah anak Elkana. Dia tinggal di perkampungan orang Netofa).+ 17  Para pengawal pintu+ ialah Salum, Akub, Talmon, dan Ahiman. Salum, saudara mereka itu, ialah ketua mereka. 18  Dia pernah mengawal pintu gerbang raja yang terletak di sebelah timur.+ Berikut merupakan para pengawal pintu daripada perkhemahan orang Lewi: 19  Salum (Salum ialah anak Kore, Kore ialah anak Ebiasaf, dan Ebiasaf ialah anak Korah) dan saudara-saudara lelaki daripada puaknya, iaitu puak Korah, telah diberi tanggungjawab masing-masing. Mereka bertugas untuk mengawal pintu khemah Tuhan. Nenek moyang mereka menjaga khemah Yehuwa dan mengawal pintu masuknya. 20  Pada masa dahulu, Pinehas+ anak Eleazar+ ialah pemimpin mereka dan Yehuwa menyertainya. 21  Zakharia+ anak Meselemia ialah pengawal pintu masuk khemah pertemuan. 22  Sebanyak 212 orang dipilih untuk menjadi pengawal pintu-pintu masuk. Mereka tinggal di perkampungan masing-masing menurut salasilah keturunan.+ Daud dan Samuel, seorang nabi,*+ telah melantik nenek moyang mereka untuk menjalankan tugas ini kerana mereka dapat dipercayai. 23  Mereka dan anak-anak lelaki mereka bertanggungjawab untuk mengawal pintu-pintu rumah Yehuwa,+ iaitu khemah-Nya. 24  Mereka mengawal pintu di sebelah utara, selatan, timur, dan barat.+ 25  Dari masa ke masa, saudara-saudara mereka akan datang dari kampung dan bertugas bersama mereka selama tujuh hari. 26  Ada empat orang Lewi yang ditugaskan untuk menjadi ketua pengawal pintu.* Mereka dapat dipercayai, dan ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik* dan tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar.+ 27  Mereka ditugaskan untuk mengawal rumah Tuhan dan menjaga kunci pintunya. Maka pada waktu malam, mereka akan berkawal di sekeliling rumah Tuhan, dan pada setiap pagi, mereka akan membuka pintu-pintu rumah itu. 28  Sebilangan daripada mereka bertanggungjawab mengurus perkakas+ yang digunakan untuk khidmat yang dijalankan di rumah Tuhan. Mereka akan mengira bilangan perkakas yang dikeluarkan dan perkakas yang dikembalikan. 29  Sebilangan lagi dilantik untuk menguruskan perkakas-perkakas lain, semua peralatan suci,+ tepung yang terbaik,+ wain,+ minyak,+ kemenyan putih,+ dan minyak balsam.*+ 30  Beberapa orang anak imam bertanggungjawab untuk membuat campuran minyak balsam. 31  Daripada orang Lewi, iaitu keturunan Korah, terdapat Matitia, anak sulung Salum, yang dilantik untuk membuat kuih tipis.+ 32  Saudara-saudara mereka daripada keturunan Kehat pula menguruskan roti-roti yang berlapis.*+ Mereka harus menyediakan roti-roti itu pada setiap hari Sabat.+ 33  Terdapat para penyanyi, iaitu ketua-ketua puak orang Lewi, yang berada di dalam bilik-bilik.* Mereka dikecualikan daripada tugas lain kerana mereka perlu bertugas siang dan malam. 34  Ketua-ketua puak orang Lewi tinggal di Yerusalem, dan berikut merupakan garis keturunan mereka: 35  Yeiel tinggal di kota Gibeon+ dan dia ialah pengasas kota itu. Isteri Yeiel bernama Maakha. 36  Anak sulungnya ialah Abdon, diikuti dengan Zur, Kish, Baal, Ner, Nadab, 37  Gedor, Ahio, Zakharia, dan Miklot. 38  Miklot ialah bapa Simeam. Mereka semua tinggal bersama saudara-saudara mereka di Yerusalem, berhampiran dengan saudara-saudara mereka yang lain. 39  Ner+ ialah bapa Kish. Kish ialah bapa Saul.+ Saul ialah bapa Yonatan,+ Malki-sua,+ Abinadab,+ dan Esbaal. 40  Yonatan ialah bapa Merib-baal.+ Merib-baal ialah bapa Mikha.+ 41  Anak-anak lelaki Mikha ialah Piton, Melekh, Tahrea, dan Ahas. 42  Ahas ialah bapa Yarah. Yarah ialah bapa Alemet, Azmawet, dan Zimri. Zimri ialah bapa Moza. 43  Moza ialah bapa Binea. Binea ialah bapa Refaya. Refaya ialah bapa Eleasa. Eleasa ialah bapa Azel. 44  Azel mempunyai enam orang anak lelaki, iaitu Azrikam, Bokheru, Ismael, Shearia, Obaja, dan Hanan. Ya, mereka ialah anak-anak lelaki Azel.

Nota Kaki

Atau “dan orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Atau “pelihat.”
Atau “menjadi pengawal pintu yang gagah.”
Atau “bilik-bilik makan.”
Lihat Kamus.
Iaitu, roti yang dipersembahkan.
Atau “bilik-bilik makan.”