Satu Tawarikh 27:1-34

  • Orang yang berkhidmat untuk raja (1-34)

27  Berikut ialah kumpulan-kumpulan orang Israel yang berkhidmat dalam pasukan tentera diraja.+ Dalam setiap kumpulan, ada ketua-ketua puak, ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang,+ dan ketua-ketua kumpulan. Setiap tahun, mereka mengambil giliran untuk bertugas selama sebulan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada 24,000 orang.  Yasobeam+ anak Zabdiel bertanggungjawab atas kumpulan pertama yang bertugas pada bulan pertama. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya.  Yasobeam berasal daripada keturunan Perez.+ Dia memimpin ketua-ketua kumpulan yang ditugaskan untuk berkhidmat pada bulan pertama.  Dodai,+ orang Ahohi,+ bertanggungjawab atas kumpulan yang bertugas pada bulan kedua. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya, dan mereka diketuai oleh Miklot.  Benaya+ anak Yehoyada,+ iaitu ketua imam Israel, bertanggungjawab atas kumpulan ketiga yang bertugas pada bulan ketiga. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya,  dan mereka diketuai oleh anaknya Ammizabad. (Benaya ialah salah seorang daripada 30 orang pahlawan Daud yang gagah, dan dia ialah ketua kepada 30 orang pahlawan itu.)  Asael,+ iaitu adik Yoab,+ bertanggungjawab atas kumpulan keempat yang bertugas pada bulan keempat, dan Zebadia ialah penggantinya. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya.  Syamhut, orang Yizrah, bertanggungjawab atas kumpulan kelima yang bertugas pada bulan kelima. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya.  Ira+ anak Ikes, orang Tekoa itu,+ bertanggungjawab atas kumpulan keenam yang bertugas pada bulan keenam. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 10  Heles,+ orang Peloni daripada keturunan Efraim, bertanggungjawab atas kumpulan ketujuh yang bertugas pada bulan ketujuh. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 11  Sibekai,+ seorang lelaki daripada keturunan Zerah+ yang berasal dari Husa, bertanggungjawab atas kumpulan kelapan yang bertugas pada bulan kelapan. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 12  Abi-ezer,+ orang Anatot+ daripada keturunan Benyamin, bertanggungjawab atas kumpulan kesembilan yang bertugas pada bulan kesembilan. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 13  Maharai,+ orang Netofa daripada keturunan Zerah,+ bertanggungjawab atas kumpulan ke-10 yang bertugas pada bulan ke-10. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 14  Benaya,+ orang Piraton daripada keturunan Efraim, bertanggungjawab atas kumpulan ke-11 yang bertugas pada bulan ke-11. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 15  Heldai, orang Netofa daripada keturunan Otniel, bertanggungjawab atas kumpulan ke-12 yang bertugas pada bulan ke-12. Terdapat 24,000 orang dalam kumpulannya. 16  Berikut ialah ketua-ketua suku Israel: Eliezer anak Zikhri, ketua suku Ruben; Shefatiya anak Maakha, ketua suku Simeon; 17  Hasabia anak Kemuel, ketua suku Lewi; Zadok, ketua keturunan Harun; 18  Elihu,+ abang Daud, ketua suku Yehuda; Omri anak Mikhael, ketua suku Isakhar; 19  Ismaya anak Obaja, ketua suku Zebulon; Yerimot anak Azriel, ketua suku Naftali; 20  Hoshea anak Azazia, ketua suku Efraim; Yoel anak Pedaya, ketua kepada setengah daripada suku Manasye; 21  Ido anak Zakharia, ketua kepada setengah daripada suku Manasye di Gilead; Yaasiel anak Abner,+ ketua suku Benyamin; 22  dan Azarel anak Yeroham, ketua suku Dan. Mereka semua ialah pemimpin-pemimpin suku Israel. 23  Daud tidak membanci orang yang berumur 20 tahun dan ke bawah, kerana Yehuwa telah berjanji bahawa Dia akan menjadikan orang Israel sebanyak bintang di langit.+ 24  Yoab anak Zeruya telah menjalankan pembancian itu, tetapi dia tidak menyelesaikannya. Tuhan menjadi murka terhadap umat Israel kerana pembancian itu.+ Oleh itu, jumlah orang Israel tidak dicatatkan dalam buku sejarah tentang zaman pemerintahan Raja Daud. 25  Azmawet anak Adiel bertanggungjawab untuk menjaga tempat penyimpanan harta milik raja.+ Yonatan anak Uzia bertanggungjawab untuk menjaga gudang-gudang* di ladang, di kota, di kampung, dan di menara. 26  Ezri anak Kelub bertanggungjawab atas para petani. 27  Simei, orang dari Rama, bertanggungjawab untuk menguruskan ladang anggur. Zabdi, orang dari Sefam,* bertanggungjawab untuk menguruskan hasil ladang anggur dan bekalan wain. 28  Baal-hanan, orang Geder, bertanggungjawab atas kebun pokok zaitun dan pokok ara+ di Syefela.+ Yoas bertanggungjawab atas tempat-tempat penyimpanan minyak. 29  Sitrai, orang Saron,+ bertanggungjawab untuk menjaga kawanan lembu di Saron. Safat anak Adlai pula bertanggungjawab untuk menjaga kawanan lembu di dataran rendah. 30  Obil, orang Ismael, bertanggungjawab untuk menjaga unta. Yehdeya dari Meronot bertanggungjawab untuk menjaga keldai. 31  Yaziz, orang Hagri, bertanggungjawab untuk menjaga kawanan bebiri dan kambing. Mereka semua ialah ketua-ketua yang menjaga harta milik Raja Daud. 32  Yonatan,+ iaitu anak saudara Daud, ialah seorang penasihat dan setiausaha. Dia seorang lelaki yang bijaksana. Yehiel anak Hakhmoni bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak raja.+ 33  Ahitofel+ ialah penasihat raja, dan Husai,+ orang Arki itu, ialah sahabat* raja. 34  Selepas Ahitofel, Yehoyada anak Benaya+ dan Abiatar+ menjadi penasihat raja. Yoab+ pula ialah ketua angkatan tentera raja.

Nota Kaki

Atau “tempat-tempat penyimpanan harta.”
Atau mungkin, “Sifmot.”
Atau “penasihat.”