Satu Tawarikh 20:1-8

  • Raba ditawan (1-3)

  • Gergasi dari Filistin dibunuh (4-8)

20  Pada awal tahun,* iaitu pada masa raja-raja biasanya pergi berperang, Yoab+ memimpin tentera Israel ke negeri orang Ammon untuk menghancurkannya. Dia mengepung Raba+ sementara Daud tinggal di Yerusalem.+ Yoab menyerang Raba dan memusnahkannya.+  Kemudian Daud mengambil mahkota Malkam* dari kepalanya lalu memakainya. Daud mendapat tahu bahawa mahkota itu diperbuat daripada kira-kira 34 kilogram* emas, dan dihiasi dengan batu-batu berharga. Selain itu, Daud mengambil banyak barang jarahan dari kota itu.+  Dia juga membawa semua penduduk kota itu keluar dan menyuruh mereka bekerja.+ Ada yang disuruh memotong batu, dan ada yang disuruh bekerja dengan menggunakan kapak dan alat-alat besi yang tajam. Itulah yang dilakukan oleh Daud kepada penduduk di semua kota orang Ammon. Kemudian Daud dan seluruh tenteranya kembali ke Yerusalem.  Selepas itu, orang Israel berperang dengan orang Filistin di Gezer. Sibekai,+ orang Husa itu, membunuh Sipai, iaitu seorang lelaki daripada keturunan Refaim.+ Demikianlah mereka mengalahkan orang Filistin.  Dalam satu lagi pertempuran dengan orang Filistin, Elhanan anak Yair membunuh Lahmi, iaitu saudara lelaki Goliat,+ orang Gat. Batang tombak Lahmi sebesar kayu pada alat tenun.+  Selepas itu, peperangan tercetus lagi di Gat.+ Di sana, ada seorang lelaki daripada keturunan Refaim yang sangat besar.+ Dia mempunyai 24 batang jari kaki dan jari tangan; 6 batang jari pada setiap tangan dan kakinya.+  Dia asyik menghina+ orang Israel. Maka Yonatan anak kepada Simea,+ iaitu abang Daud, membunuhnya.  Mereka semua ialah keturunan Refaim+ dari Gat,+ dan mereka telah mati dibunuh oleh Daud dan anak buahnya.

Nota Kaki

Iaitu, pada musim bunga.
Lihat Kamus.
Harfiah, “1 talenta.” Lihat Lampiran B14.