Satu Tawarikh 18:1-17

  • Kemenangan Daud (1-13)

  • Pentadbiran Daud (14-17)

18  Beberapa waktu kemudian, Daud melawan orang Filistin dan mengalahkan mereka, lalu dia mengambil Gat+ dan pekan-pekan di sekelilingnya daripada mereka.+  Selepas itu, Daud mengalahkan orang Moab.+ Mereka menjadi hamba-hambanya dan membayar ufti kepadanya.+  Semasa Hadadezer,+ raja Zoba,+ sedang dalam perjalanan untuk mengukuhkan kekuasaannya di Sungai Efrat,+ Daud mengalahkannya dekat Hamat.+  Daud merampas 1,000 buah kereta kuda, dan menawan 7,000 orang askar berkuda dan 20,000 orang askar yang berjalan kaki.+ Kemudian Daud melumpuhkan semua kuda, kecuali 100 ekor kuda yang menarik kereta kuda.+  Apabila orang Siria dari Damsyik datang untuk menolong Raja Hadadezer, Daud membunuh 22,000 orang Siria.+  Kemudian dia menempatkan pasukan tenteranya di Damsyik, Siria. Orang Siria menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya. Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+  Daud juga mengambil perisai-perisai emas yang berbentuk bulat daripada anak buah Hadadezer lalu membawa semuanya ke Yerusalem.  Daud mengambil banyak tembaga dari kota Tibhat dan Kun, iaitu kota-kota milik Hadadezer. Salomo menggunakan tembaga itu untuk membuat Laut Tembaga,+ tiang-tiang, dan perkakas-perkakas tembaga.+  Raja Tou dari Hamat mendengar bahawa Daud telah mengalahkan seluruh tentera Raja Hadadezer+ dari Zoba.+ 10  Oleh itu, dia segera mengutus anaknya Hadoram untuk memberikan salam kepada Daud dan mengucapkan tahniah kerana Daud telah menyerang Hadadezer dan mengalahkannya. (Dahulu Hadadezer selalu berperang dengan Tou.) Selain itu, Hadoram membawa barangan emas, perak, dan tembaga untuk Daud. 11  Raja Daud mentahbiskan semua hadiah itu dan mempersembahkannya kepada Yehuwa.+ Dia juga berbuat demikian dengan perak dan emas yang diambilnya daripada bangsa Edom, Moab, Ammon,+ Filistin,+ dan Amalek.+ 12  Abisai+ anak Zeruya+ membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Garam.+ 13  Dia menempatkan pasukan-pasukan tentera di Edom, dan semua orang Edom menjadi hamba Daud.+ Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+ 14  Daud memerintah seluruh Israel,+ dan dia menegakkan keadilan dan kesaksamaan bagi semua rakyatnya.+ 15  Yoab anak Zeruya ialah ketua tentera,+ dan Yehosafat+ anak Ahilud ialah pencatat. 16  Zadok anak Ahitub dan Ahimelekh anak Abiatar ialah imam. Sausa ialah setiausaha. 17  Benaya anak Yehoyada ialah pemimpin orang Kreti+ dan orang Pleti.+ Anak-anak lelaki Daud memegang jawatan kedua terpenting selepas raja.

Nota Kaki

Atau “penyelamatan.”
Atau “penyelamatan.”