Satu Tawarikh 16:1-43

  • Tabut diletakkan di dalam khemah (1-6)

  • Lagu kesyukuran Daud (7-36)

    • “Yehuwa sudah menjadi Raja!” (31)

  • Berkhidmat di hadapan tabut (37-43)

16  Tabut Tuhan yang benar diletakkan di dalam khemah yang sudah didirikan oleh Daud.+ Kemudian mereka mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian kepada Tuhan yang benar.+  Setelah Daud selesai mempersembahkan korban bakar+ dan korban pendamaian,+ dia memberkati semua rakyat atas nama Yehuwa.  Dia juga mengedarkan makanan kepada semua orang Israel. Dia memberikan seketul roti berbentuk bulat, sekeping kuih kurma, dan sekeping kuih kismis kepada setiap lelaki dan wanita.  Kemudian dia melantik beberapa orang Lewi untuk berkhidmat di hadapan tabut Yehuwa. Di sana, mereka memuliakan* Yehuwa,+ Tuhan orang Israel, dan memuji serta mengucapkan syukur kepada-Nya.  Ketua mereka ialah Asaf,+ dan orang yang kedua selepas Asaf ialah Zakharia. Asaf memainkan simbal,+ manakala Yeiel,+ Syemiramot, Yehiel, Matitia, Eliab, Benaya, Obed-edom, dan Yeiel memainkan alat-alat muzik bertali dan kecapi.+  Imam Benaya dan Imam Yahaziel pula meniup trompet di hadapan tabut Tuhan yang benar secara tetap.  Pada hari itu, Daud menggubah lagu kesyukuran kepada Yehuwa buat kali pertama. Dia menyuruh Asaf+ dan saudara-saudaranya untuk menyanyikan lagu itu. Inilah lagunya:  “Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa+ dan menyeru nama-Nya!Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+  Nyanyikanlah lagu pujian kepada-Nya,* ya, bernyanyilah kepada-Nya.+Renungkanlah* segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.+ 10  Umumkanlah nama suci-Nya dengan bangga.+ Biarlah orang yang mencari-cari Yehuwa bersukacita.+ 11  Carilah Yehuwa+ dan mintalah kekuatan daripada-Nya. Teruslah minta perkenan-Nya.+ 12  Ingatlah akan perbuatan-Nya yang menakjubkan.+Ingatlah akan mukjizat dan penghakiman yang telah dilaksanakan-Nya, 13  Wahai keturunan Israel, hamba-Nya,+Wahai keturunan Yakub, umat pilihan-Nya.+ 14  Dialah Yehuwa, Tuhan kita.+ Dia menghakimi seluruh bumi.+ 15  Dia ingat akan perjanjian-Nya buat selama-lamanya.Dia ingat akan janji-Nya* sampai beribu-ribu generasi lamanya,+ 16  Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan Abraham,+Dan sumpah yang diucapkan-Nya kepada Ishak.+ 17  Dia telah menjadikan sumpah itu sebagai jaminan kepada Yakub,+Dan sebagai perjanjian yang kekal untuk orang Israel. 18  Dia telah berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Kanaan kepadamu.+Aku akan membahagikan tanah ini lalu memberikannya kepada kamu sebagai warisan.’+ 19  Pada waktu itu, bilangan mereka tidak banyak,Ya, bilangan mereka amat sedikit, dan mereka tinggal di situ sebagai orang asing.+ 20  Mereka mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain,Dan dari sebuah kerajaan ke kerajaan yang lain.+ 21  Tuhan tidak membenarkan sesiapa pun untuk menindas mereka,+Dan demi mereka, Dia menegur raja-raja.+ 22  Dia berfirman, ‘Jangan sentuh umat pilihan-Ku,Dan jangan berbuat jahat terhadap nabi-nabi-Ku.’+ 23  Bernyanyilah kepada Yehuwa, hai seluruh bumi! Setiap hari, umumkanlah penyelamatan-Nya!+ 24  Hebahkanlah kemuliaan-Nya kepada bangsa-bangsa,Dan isytiharkanlah perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada semua orang, 25  Kerana Yehuwa agung dan patut dipuji setinggi-tingginya. Dia patut ditakuti* lebih daripada tuhan-tuhan lain.+ 26  Tuhan-tuhan bangsa lain tidak berguna,+Tetapi Yehuwalah Tuhan yang menciptakan langit.+ 27  Keagungan dan kemuliaan mengelilingi-Nya.+Kuasa dan sukacita memenuhi tempat kediaman-Nya.+ 28  Wahai semua suku bangsa, muliakanlah Yehuwa.Ya, muliakanlah Yehuwa kerana Dia agung dan perkasa.+ 29  Muliakanlah Yehuwa kerana nama-Nya yang gemilang.+Bawalah pemberian dan masuklah menghadap-Nya.+ Kenakanlah pakaian suci dan bersujudlah kepada Yehuwa.*+ 30  Wahai segenap bumi, hendaklah kamu takut kepada-Nya!* Bumi kukuh dan tidak akan goyah.+ 31  Wahai langit, bersukacitalah! Wahai bumi, bergembiralah!+Umumkanlah kepada bangsa-bangsa: ‘Yehuwa sudah menjadi Raja!’+ 32  Biarlah laut dan segala isinya bersorak dengan gemuruh!Biarlah tanah dan segala isinya bersukacita! 33  Biarlah pokok-pokok di hutan turut bersorak dengan girang di hadapan Yehuwa,Kerana Dia akan* datang untuk menghakimi bumi. 34  Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik.+Kasih setia-Nya kekal abadi.+ 35  Berserulah kepada-Nya, ‘Selamatkanlah kami, ya Tuhan, penyelamat kami.+Kumpulkanlah kami dan bebaskanlah kami daripada cengkaman bangsa-bangsa lain,Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,+Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+ 36  Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,Dipuji buat selama-lamanya.’” Semua orang pun berkata, “Amin!”* dan mereka memuji Yehuwa. 37  Kemudian Daud meninggalkan Asaf+ dan saudara-saudaranya di hadapan tabut Yehuwa.+ Mereka sentiasa bertugas di situ menurut jadual yang telah ditetapkan setiap hari.+ 38  Daud juga meninggalkan Obed-edom dan 68 orang saudaranya di situ. Obed-edom anak Yedutun dan Hosa ditugaskan sebagai pengawal pintu gerbang. 39  Imam Zadok+ dan para imam yang lain berada di hadapan khemah suci Yehuwa yang terletak di tempat tinggi di Gibeon.+ 40  Di situ, mereka mempersembahkan korban bakar kepada Yehuwa di atas mazbah* pada setiap pagi dan petang. Mereka juga melakukan segala yang tertulis dalam hukum yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel.+ 41  Mereka disertai Heman, Yedutun,+ dan orang lain yang telah dipilih untuk mengucapkan syukur kepada Yehuwa,+ kerana “kasih setia-Nya kekal abadi.”+ 42  Heman+ dan Yedutun ditugaskan untuk memainkan trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain untuk memuji Tuhan yang benar. Anak-anak lelaki Yedutun+ yang lain pula ditugaskan untuk menjaga pintu gerbang. 43  Setelah itu, semua orang pulang ke rumah masing-masing, dan Daud pulang untuk memberkati seisi rumahnya.

Nota Kaki

Harfiah, “mengingati.”
Atau “Mainkanlah muzik bagi-Nya.”
Atau mungkin, “Umumkanlah.”
Atau “perintah-Nya.”
Atau “dihormati.”
Atau mungkin, “Bersujudlah kepada Yehuwa kerana kesucian-Nya berseri-seri.”
Atau “kamu terketar-ketar di hadapan-Nya!”
Atau “telah.”
Atau “Semoga begitu!”
Atau “mazbah untuk korban bakar.”