Satu Tawarikh 13:1-14

  • Tabut dibawa dari Kiryat-yearim (1-14)

13  Daud berbincang dengan ketua-ketua atas 1,000 orang, ketua-ketua atas 100 orang, dan pemimpin-pemimpin yang lain.+  Kemudian dia berkata kepada semua orang Israel, “Jika kamu semua bersetuju, dan jika Yehuwa, Tuhan kita, juga bersetuju, marilah kita menghantar utusan kepada saudara-saudara kita yang masih tinggal di seluruh negeri Israel, dan kepada para imam dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota+ yang mempunyai padang rumput, supaya mereka dapat berkumpul bersama kita.  Kita akan membawa balik tabut+ Tuhan kita.” Hal ini demikian kerana tiada orang yang menjaga tabut itu pada zaman Saul.+  Semua orang bersetuju dengan Daud kerana cadangannya baik.  Oleh itu, Daud mengumpulkan semua orang Israel, dari sungai* di Mesir sampai ke Lebo-hamat,*+ untuk membawa tabut Tuhan yang benar dari Kiryat-yearim.+  Daud dan semua orang Israel pergi ke Baala,+ iaitu Kiryat-yearim, yang terletak di kawasan Yehuda. Mereka mengambil tabut Tuhan yang benar, dan di situlah orang menyeru nama Yehuwa, Tuhan yang bertakhta di atas* kerub.*+  Mereka mengambil tabut itu dari rumah Abinadab dan meletakkannya di atas sebuah kereta lembu yang baharu.+ Lalu Uzah dan Ahio mengiringi kereta lembu itu.+  Daud dan semua orang Israel berpesta di hadapan Tuhan yang benar dengan penuh semangat. Mereka diiringi lagu, kecapi, alat-alat muzik bertali, tamborin,+ simbal,+ dan trompet.+  Tetapi apabila mereka sampai di tempat mengirik* gandum milik Khidon, lembu-lembu itu hampir menyebabkan tabut itu terjatuh. Maka Uzah menghulurkan tangannya dan memegang tabut itu. 10  Yehuwa menjadi sangat murka terhadap Uzah dan membunuhnya. Uzah mati di hadapan Tuhan+ kerana dia telah menghulurkan tangannya untuk memegang tabut itu.+ 11  Tetapi Daud marah* kerana Yehuwa melepaskan kemurkaan-Nya terhadap Uzah. Itulah sebabnya tempat itu dipanggil Perez-uzah* sehingga hari ini. 12  Pada hari itu, Daud menjadi takut kepada Tuhan yang benar dan dia berkata, “Bagaimanakah tabut Tuhan yang benar dapat dibawa ke kota beta?”+ 13  Dia tidak membawa tabut itu ke Kota Daud, tempat tinggalnya. Sebaliknya, dia membawa tabut itu ke rumah Obed-edom, seorang penduduk Gat.* 14  Tabut Tuhan yang benar diletakkan di rumah Obed-edom selama tiga bulan, dan Yehuwa terus memberkati seisi rumah Obed-edom dan segala miliknya.+

Nota Kaki

Atau “dari Shihor.” Iaitu, salah satu cabang Sungai Nil.
Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Atau mungkin, “di antara.”
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.
Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Atau “tidak senang hati.”
Maksudnya “Melepaskan Kemurkaan terhadap Uzah.”
Mungkin merujuk kepada kota Gat-rimon.