Satu Raja-Raja 9:1-28

  • Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo buat kali kedua (1-9)

  • Hadiah Salomo kepada Raja Hiram (10-14)

  • Projek-projek pembinaan Salomo (15-28)

9  Sebaik sahaja Salomo siap membina Rumah Yehuwa, istana raja,+ dan segala sesuatu yang ingin dibuat olehnya,+  Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo buat kali kedua, sepertimana Dia telah menampakkan diri kepada Salomo di Gibeon.+  Yehuwa berfirman, “Aku telah mendengar doamu dan permohonanmu yang telah engkau ucapkan di hadapan-Ku. Aku telah menyucikan rumah yang engkau bina dengan meletakkan nama-Ku secara kekal di situ.+ Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.+  Jika engkau menyembah Aku seperti bapamu Daud,+ yang menyembah Aku dengan tulus* dan sepenuh hati,*+ dan jika engkau mematuhi segala hukum dan peraturan-Ku+ serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,+  Aku akan mengukuhkan kerajaanmu di Israel buat selama-lamanya. Hal ini demikian kerana Aku pernah berjanji kepada bapamu Daud, ‘Salah seorang daripada keturunanmu akan selalu duduk di atas takhta Israel.’+  Tetapi jika engkau dan anak-anakmu berpaling daripada-Ku lalu sujud menyembah tuhan yang lain, dan tidak mengikut Aku serta tidak mematuhi hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu,+  Aku akan mengusir orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka.+ Rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku.+ Aku akan memastikan bahawa mereka menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+  Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+  Kemudian orang akan berkata, ‘Mereka telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan mereka. Dialah yang telah membawa nenek moyang mereka keluar dari negeri Mesir, tetapi mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah tuhan-tuhan itu. Itulah sebabnya Yehuwa mendatangkan semua malapetaka ini atas mereka.’”+ 10  Salomo mengambil masa 20 tahun untuk membina dua buah rumah, iaitu Rumah Yehuwa dan istana raja.+ 11  Hiram,+ raja Tirus, telah membekalkan kayu sedar, kayu juniper, dan emas yang diingini oleh Salomo.+ Raja Salomo pula memberikan 20 buah kota di Galilea kepada Hiram. 12  Hiram berangkat dari Tirus untuk melihat kota-kota itu, tetapi dia tidak berpuas hati dengan kota-kota itu. 13  Dia berkata, “Saudaraku, mengapa saudara berikan kota-kota seperti ini kepada beta?” Itulah sebabnya kota-kota itu dinamakan Tanah Kabul* sehingga hari ini. 14  Hiram telah menghantar 120 talenta* emas kepada Raja Salomo.+ 15  Berikut merupakan catatan pembinaan yang dilakukan oleh orang yang diwajibkan+ untuk bekerja bagi Raja Salomo. Mereka telah membina Rumah Yehuwa,+ istana raja, tembok Yerusalem, tempat perlindungan,*+ kota Hazor,+ Megido,+ dan Gezer.+ 16  (Firaun, raja Mesir, datang untuk menawan Gezer dan membakar kota itu dengan api. Dia juga membunuh orang Kanaan+ yang tinggal di situ. Kemudian dia memberikan kota itu kepada puterinya,+ iaitu isteri Salomo, sebagai hadiah perkahwinan.) 17  Salomo membina semula Gezer, Bet-horon Hilir,+ 18  Baalat,+ dan Tamar. Tamar terletak di padang belantara yang berada di dalam kawasan pemerintahan Salomo. 19  Dia juga membina semua kota tempat penyimpanan bekalan dan kereta kuda,+ dan kota untuk pasukan askar berkuda. Akhirnya, segala yang ingin dibina oleh Salomo di Yerusalem, di Lebanon, dan di seluruh kawasan pemerintahannya telah disiapkan. 20  Berkenaan semua orang Amori, Het, Feris, Hewi, dan Yebus+ yang masih ada, mereka bukan sebahagian daripada bangsa Israel.+ 21  Keturunan mereka yang tinggal di Israel, yang tidak dibunuh oleh orang Israel, diwajibkan untuk bekerja sebagai hamba Salomo sehingga hari ini.+ 22  Namun Salomo tidak mewajibkan seorang pun daripada bangsa Israel untuk menjadi hambanya.+ Sebaliknya, mereka dijadikan pahlawan, pegawai, pemimpin, pegawai tentera, dan ketua pemandu kereta kuda serta ketua pasukan askar berkuda. 23  Sebanyak 550 orang ketua pembesar bertanggungjawab atas pekerjaan Salomo. Mereka bertugas sebagai mandur untuk mengawasi pekerja-pekerja Salomo.+ 24  Puteri Firaun+ berpindah dari Kota Daud+ ke istana yang telah dibina oleh Salomo untuknya. Kemudian Salomo membina tempat perlindungan.*+ 25  Tiga kali setahun,+ Salomo mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian di atas mazbah yang telah dibinanya untuk Yehuwa.+ Selain itu, dia juga membakar korban di hadapan Yehuwa sehingga asap naik dari mazbah. Demikianlah Raja Salomo menyelesaikan pembinaan Rumah Tuhan.+ 26  Raja Salomo membina kapal-kapal di Ezion-geber,+ dekat Elot, di persisiran pantai Laut Merah di tanah Edom.+ 27  Hiram mengutus hamba-hambanya, iaitu anak-anak kapalnya yang berpengalaman, untuk bekerja di atas kapal-kapal itu+ dengan hamba Salomo. 28  Mereka belayar ke Ofir+ dan mengambil 420 talenta emas dari sana untuk diberikan kepada Raja Salomo.

Nota Kaki

Atau “dengan mengikut haluan yang benar.”
Atau “integriti.”
Harfiah, “bersiul.”
Atau mungkin, “Tanah yang Tidak Bernilai.”
Ibrani, mil·lohʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.
Ibrani, mil·lohʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.