Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

29 JANUARI 2018
MAKLUMAT TERKINI

Pengeluaran Bible dalam Bahasa Ponapean, Denmark, Norway, dan Sweden

Pengeluaran Bible dalam Bahasa Ponapean, Denmark, Norway, dan Sweden

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Ponapean pada 28 Januari 2018, di pulau Pohnpei, Micronesia. Pada hari sebelumnya, di Herlufmagle, Denmark, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan telah dikeluarkan dalam bahasa Denmark, Norway, dan Sweden. Seluruh atau sebahagian daripada Terjemahan Dunia Baharu telah diterjemahkan ke dalam 163 bahasa, termasuk 12 edisi yang dikemaskinikan berdasarkan Edisi 2013 dalam bahasa Inggeris.