Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

6 OKTOBER 2017
MAKLUMAT TERKINI

Bahagian “Ajaran Bible” Diubah Suai

Bahagian “Ajaran Bible” Diubah Suai

Reka bentuk bahagian “Ajaran Bible” di jw.org telah diubah suai untuk memudahkan pengguna melihat kandungan mengikut topik. Berikut merupakan beberapa perubahan:

  • Bahagian baharu yang bertajuk “Sejarah dan Bible” meliputi pemeliharaan, penterjemahan, dan pengedaran Bible dan bagaimana penemuan baharu terus mengesahkan ketepatan sejarahnya.

  • Bahagian baharu yang bertajuk “Kedamaian dan Kebahagiaan” menjelaskan bagaimana Bible boleh membantu anda menangani tekanan hidup dan memperoleh kebahagiaan dan kedamaian meskipun menghadapi masalah yang rumit.

  • Bahagian baharu yang bertajuk “Sains dan Bible” menunjukkan bagaimana alam semula jadi menyingkapkan ketepatan Bible dari segi sains.

  • Reka bentuk bahagian “Jawapan kepada Soalan Bible” telah diubah suai untuk memudahkan pengguna mencari soalan tentang subjek tertentu.

  • Bahagian “Perkahwinan dan Keluarga” memberikan nasihat praktikal daripada Bible yang dapat memperbaik perkahwinan anda dan membantu anda membesarkan anak-anak.