Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

20 MAC 2019
TURKMENISTAN

Bahram Hemdemov Dibebaskan

Bahram Hemdemov Dibebaskan

Pada 13 Februari 2019, Saudara Bahram Hemdemov, yang berumur 55 tahun, dibebaskan dari penjara di Turkmenistan. Dia ditahan di penjara Seydi (LB-E/12) selama empat tahun. Dia kini dapat kembali kepada isterinya, Gulzira, dan empat orang anaknya. Saudara Hemdemov ditahan pada 14 Mac 2015 kerana mengadakan perjumpaan agama di rumahnya di Turkmenabad. Dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah Wilayah Lebap pada 19 Mei 2015. Sepanjang masa Saudara Hemdemov dipenjarakan, secara purata, kerajaan Turkmenistan memberikan amnesti kepada banduan tiga kali setahun. Tetapi dia tidak pernah diberikan amnesti biarpun beberapa banduan yang disabitkan bersalah atas pembunuhan telah dibebaskan. Pada 15 Ogos 2016, Saudara Hemdemov membuat aduan rasmi kepada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CCPR), dan aduannya masih diproses. Setakat ini, CCPR telah membuat 10 keputusan yang menyatakan bahawa kerajaan Turkmenistan bersalah kerana menganiaya dan memenjarakan para Saksi muda yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani mereka. Namun, 11 orang Saksi-Saksi Yehuwa masih berada di dalam penjara di Turkmenistan kerana enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani mereka.