Melayu
Tiga Saudara di Ukraine Dipenjarakan pada Februari dan Mac 2025 kerana Menolak Khidmat Tentera
https://cms-imgp.jw-cdn.org/img/p/702025077/univ/art/702025077_univ_sqr_xl.jpg

23 APRIL 2025
UKRAINE

Enam saudara di Ukraine dipenjarakan pada Februari dan Mac 2025 kerana menolak khidmat tentera

Tiga Saudara di Ukraine Dipenjarakan pada Februari dan Mac 2025 kerana Menolak Khidmat Tentera

Tiga Orang Saudara Turut Ditahan sebelum Perbicaraan

Tiga Saudara di Ukraine Dipenjarakan pada Februari dan Mac 2025 kerana Menolak Khidmat Tentera

Seperti yang dilaporkan di jw.org, Saudara Vitalii Kryushenko ialah Saksi pertama di Ukraine yang dipenjarakan kerana tidak menyertai khidmat tentera sejak perang bermula. Dia mula menjalankan hukuman penjaranya pada Januari 2025. Berikutannya, kerajaan Ukraine telah memenjarakan enam orang saudara lagi kerana menolak khidmat tentera.

Andrii Khomenko dan isterinya Iryna

Pada 3 Februari 2025, Saudara Andrii Khomenko yang berumur 50 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Dia dan isterinya, iaitu Iryna, mempunyai dua anak lelaki. Tidak lama sebelum dia dipenjarakan, Andrii berkata, “Biarpun dalam situasi yang paling teruk pun, saya yakin Yehuwa akan selalu menyokong saya dan beri saya hati yang tenang.”

Serhii Ivanushchenko

Pada 11 Februari 2025, Saudara Serhii Ivanushchenko yang berumur 48 tahun mula menjalankan hukuman penjara tiga tahun. Dua tahun sebelum itu, iaitu pada November 2023, dia telah menerima surat untuk pendaftaran khidmat tentera. Sebenarnya, dia baru dibaptis beberapa bulan sebelum itu. Tetapi dia ingin menjunjung prinsip Tuhan yang menyatakan bahawa umat Tuhan “tidak akan belajar berperang lagi.” Maka, dia memberitahu pihak berkuasa dengan hormat bahawa dia tidak akan melakukan khidmat tentera lalu dipenjarakan.—Yesaya 2:4.

Serhii Nechaiuk

Pada 5 Mac 2025, pihak berkuasa memenjarakan Saudara Serhii Nechaiuk yang berumur 35 tahun. Dia dan isterinya mempunyai dua orang anak. Semasa dia mempersiapkan dirinya untuk menjalankan hukumannya, Serhii kata, “Doa yang diucapkan oleh saudara saudari saya meyakinkan saya bahawa saya tidak keseorangan. Yehuwa ada bersama saya.”

Dari bulan Januari hingga Mac 2025, pihak tentera telah membawa Saudara Mykhailo Adamovych (40 tahun), Yaroslav Bodnarchuk (28 tahun), dan Oleksandr Radashko (35 tahun) ke pangkalan tentera. Mereka melakukan hal ini tanpa persetujuan saudara-saudara itu dan menganggapnya sebagai permulaan khidmat tentera mereka. Namun apabila para saudara enggan memakai seragam tentera atau memegang senjata, pihak berkuasa menuduh mereka tidak mematuhi undang-undang lalu menahan mereka. Kini, Mykhailo dan Oleksandr masih dipenjarakan sebelum perbicaraan dan Yaroslav telah dibebaskan selepas diikat jamin. Jika mereka disabitkan bersalah, mereka mungkin dijatuhkan hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun.

Kiri ke kanan: Mykhailo Adamovych, Yaroslav Bodnarchuk, dan Oleksandr Radashko

Tindakan pihak berkuasa sebenarnya melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang Ukraine. Contohnya, Artikel 18 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Artikel 9 dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah menyatakan bahawa seseorang berhak memilih khidmat awam alternatif. Kerajaan Ukraine juga bersetuju untuk menuruti undang-undang tersebut. Selain itu, Perlembagaan Ukraine juga menjamin hak rakyat untuk menolak khidmat tentera dan memilih khidmat awam alternatif (yang tidak berkaitan dengan kegiatan ketenteraan).

Kita berdoa agar Yehuwa terus melindungi dan melegakan hati para saudara ini dan rakan seiman lain yang sedang berusaha untuk tetap setia.—Mazmur 34:7.