Melayu
Tiga Saudara Dibebaskan dari Penjara di Rusia
https://cms-imgp.jw-cdn.org/img/p/702025061/univ/art/702025061_univ_sqr_xl.jpg

17 APRIL 2025
RUSIA

Vladimir Melnik bersama isteri dan anak perempuannya (kiri), Vladimir Piskarev (tengah), dan Artur Putintsev bersama isterinya (kanan) selepas mereka dibebaskan dari penjara

Tiga Saudara Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Tiga Saudara Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Pada 9 April 2025, Saudara Vladimir Melnik, Vladimir Piskarev, dan Artur Putintsev telah dibebaskan dari penjara. Sebelum ini, mereka disabitkan dan dikenakan hukuman penjara selama enam tahun pada 13 Oktober 2023. Mereka ditahan sejak Disember 2020 dan telah memenuhi tempoh hukuman.

Vladimir Melnik telah dipindahkan ke penjara sejauh kira-kira 1,400 km dari tempat perbicaraan. Jadi, keluarganya susah untuk melawatnya. Semasa menjalani hukuman penjara, dia juga dikurung seorang diri. Isterinya, iaitu Irina, menjelaskan apa yang membantu suaminya untuk bertabah, “Vladimir ada iman yang sangat kuat terhadap janji-janji Yehuwa. Itu yang membantunya untuk mengatasi cabaran yang dihadapinya. Dia selalu bergantung pada Yehuwa melalui doa dan bertumpu kepada harapan masa depan. Semua ini membantunya untuk terus setia.”

Vladimir Piskarev yang baru dibebaskan bercakap dengan isterinya Tatyana yang sedang menjalani hukuman buruh paksa

Ketiga-tiga saudara ini terpaksa berjauhan dengan keluarga selama hampir empat tahun setengah. Tetapi, Vladimir Piskarev masih tidak dapat jumpa dengan isterinya Tatyana yang dipenjarakan. Tatyana telah dikenakan hukuman buruh paksa selama dua tahun setengah pada 1 Mac 2024. Apakah perasaan mereka setelah mengalami masa yang susah ini? Tatyana berkata, “Kasih kami terhadap Yehuwa dan satu sama lain bertambah dalam. Kami juga lebih mengasihi orang lain. Tiada apa-apa yang dapat mengubah hal ini.”

Artur Putintsev telah mengatasi banyak cabaran di penjara dengan menunjukkan sifat-sifat Kristian. Isterinya Lyudmila kata, “Artur selalu menunjukkan sifat yang baik kepada banduan lain dalam selnya. Dia kongsi makanannya, mengambil berat terhadap mereka, dan berusaha untuk ada hubungan yang baik dengan mereka. Dia selalu cuba wujudkan suasana yang damai.” Artur dan Lyudmila juga merasai sokongan Yehuwa melalui keluarga rohani. Lyudmila kata, “Yehuwa tidak pernah meninggalkan kami semasa kami menghadapi cabaran. Pengalaman ini mengajar kami bahawa Yehuwa tidak akan membiarkan kami melakukan apa yang di luar kemampuan kami. Tidak kira berapa besar cabaran itu, kami dapat bertabah jika kami percaya sepenuhnya kepada Yehuwa.”

Kita berterima kasih kepada Yehuwa kerana terus menjaga dan menyokong saudara saudari kita yang menghadapi cabaran dengan tabah. Kita yakin Yehuwa akan “menegakkan keadilan dan kebenaran bagi semua orang yang tertindas.”—Mazmur 103:6.