1 JULAI 2026
RUSIA
Kiri ke kanan: Saudara Roman Khorikov, Yuriy Khorikov, dan Kirill Severinchik
“Doa ialah Ubat Terbaik untuk Melawan Perasaan Tawar Hati”
Pada 19 Jun 2026, Mahkamah Bandar Surgut di Kawasan Autonomi Khanty-Mansi—Yugra mensabitkan Saudara Roman Khorikov, Yuriy Khorikov, dan Kirill Severinchik. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun dan empat bulan, enam tahun setengah, dan empat tahun.
Profil
Kita rasa lega kerana kita tahu Yehuwa selalu memerhatikan umat-Nya. Dia tahu apa yang kita perlukan dan sentiasa bersedia untuk membantu dan menguatkan kita.—Mazmur 121:3, 4.

