Viktor Stashevskiy dipenjarakan di Crimea sejak Mac 2021
Saksi-Saksi Yehuwa Dipenjarakan kerana Iman Mereka—Mengikut Lokasi
Setakat April 2026, lebih daripada 279 Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia dipenjarakan kerana iman mereka.
Menurut Artikel 18 dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, semua orang memiliki hak asasi untuk mempunyai kebebasan berfikir, kebebasan untuk mengikut hati nurani, dan kebebasan beragama. Namun di sesetengah negara, hak asasi tersebut telah dirampas daripada Saksi-Saksi Yehuwa. Mereka dipenjarakan dengan tidak adil dan bahkan dianiaya kerana ingin mengamalkan kepercayaan mereka atau kerana enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani.
“Ingatlah akan orang yang dipenjarakan, seolah-olah kamu juga dipenjarakan bersama-sama mereka.”—Ibrani 13:3.

