Lompat ke kandungan

Saudara saudari membuat persiapan untuk menyambut para tetamu antarabangsa yang akan datang ke Guadeloupe

3 JUN 2024
BERITA GLOBAL

Konvensyen Istimewa 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ Bermula di Guadeloupe

Konvensyen Istimewa 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ Bermula di Guadeloupe

Konvensyen Istimewa 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ yang pertama akan diadakan di Vélodrome Amédée Détraux di Baie-Mahault, Guadeloupe, pada 7-9 Jun 2024. Sejumlah 15 konvensyen istimewa akan diadakan dari bulan Jun hingga Oktober 2024. a Pada tahun 2020, konvensyen istimewa telah dibatalkan kerana tercetusnya pandemik COVID-19. Sejak itu, inilah konvensyen istimewa pertama yang diadakan.

Saudara saudari dari beberapa negara telah diundang untuk menghadiri konvensyen istimewa. Kebanyakan programnya akan diadakan dalam beberapa bahasa. Sajian rohani yang beraneka bahasa pasti menyumbang kepada suasana istimewa semasa perhimpunan antarabangsa ini. Contohnya, di Guadeloupe, program konvensyen akan disampaikan secara serentak dalam bahasa Inggeris, Kreol Guadeloupe, Perancis, dan Sepanyol.

Kiri: Sebuah keluarga membuat kad dan poster untuk mengalu-alukan para tetamu. Kanan: Para saudari menjahit sapu tangan yang dihiasi dengan logo konvensyen istimewa Guadeloupe

Banyak kerja harus dilakukan untuk menyambut kedatangan para tetamu dari luar negara. Misalnya, untuk konvensyen istimewa di Guadeloupe, sejumlah 1,500 saudara saudari dari 11 negara akan menghadirinya. Terdapat 8,546 saudara saudari di Guadeloupe. Lebih daripada separuh jumlah penyiar itu telah menawarkan diri untuk membantu dalam kerja-kerja persiapan. Seorang saudari, yang telah membantu bersama suaminya, berkata, “Tahun ini ialah tahun yang paling seronok dalam hidup saya! Saya akan ingat pengalaman ini untuk selama-lamanya. Saya dapat berganding bahu bersama saudara saudari dan melakukan kerja dengan gembira. Inilah bayangan kepada kehidupan di dunia baharu! Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada organisasi Yehuwa!”

Kita dan segenap umat Yehuwa yakin bahawa Konvensyen Istimewa 2024 ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ akan terus menyatukan persaudaraan sedunia kita dan membawa pujian dan kemuliaan kepada Bapa kita, Yehuwa.—Filipi 1:27.

a Konvensyen istimewa akan diadakan di lokasi-lokasi berikut: Philadelphia, Amerika Syarikat; Tampa, Amerika Syarikat; Sofia, Bulgaria; Santiago, Chile #1; Santiago, Chile #2; Suva, Fiji; Helsinki, Finland; Baie-Mahault, Guadeloupe; Budapest, Hungary; Reykjavík, Iceland; Asunción, Paraguay; Lyon, Perancis; Prague, Republik Czech; Santo Domingo, Republik Dominika; dan Zurich, Switzerland.