Lompat ke kandungan

Kiri: Seorang saudara menggunakan skrin sentuh untuk tunjuk jw.org kepada pengunjung di pameran kita. Sisipan: Pesta Buku Antarabangsa di Bogotá, Colombia

6 JUN 2024
COLOMBIA

Kepentingan Pendidikan Bible Ditonjolkan di Pesta Buku Antarabangsa Colombia

Kepentingan Pendidikan Bible Ditonjolkan di Pesta Buku Antarabangsa Colombia

Pada 17 April hingga 2 Mei 2024, Pesta Buku Antarabangsa telah diadakan di Bogotá, Colombia. Lebih daripada 600,000 pengunjung dari 25 negara telah mengunjunginya. Saksi-Saksi Yehuwa juga telah mendirikan pameran untuk bantu orang ramai belajar tentang nasihat praktikal dan mesej tentang harapan masa depan dalam Bible.

Saudara saudari kongsi mesej Bible kepada beberapa pengunjung di pameran kita

Seorang lelaki yang menghampiri pameran kita kata bahawa para Saksi pernah melawat keluarganya semasa dia kecil. Kini, dia masih berminat untuk belajar lebih banyak tentang Tuhan dan mesej Bible. Jadi, saudara kita tunjukkan cara kursus perbincangan Bible diadakan dengan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Dia juga menunjukkan cara untuk cari lokasi perjumpaan yang dekat dengan rumahnya dan cara memohon untuk dikunjungi melalui jw.org. Beberapa hari kemudian, saudara kita gembira untuk tahu bahawa lelaki itu sudah muat turun JW Library dalam telefon bimbitnya, menghadiri perjumpaan pada hari Ahad, dan mula belajar Bible dengan seorang saudara tempatan.

Seorang ibu dan anak lelakinya belajar tentang kursus perbincangan Bible kita

Seorang ibu dan anak lelakinya yang masih kecil juga menghampiri pameran kita. Anak lelakinya sangat gembira apabila dia menonton video daripada siri video Jadilah Sahabat Yehuwa. Ibunya pun menanya saudari kita di mana dia boleh beli video-video seperti ini. Saudari kita menjelaskan bahawa video-video ini tersedia di jw.org secara percuma. Selain itu, terdapat video dan rencana berdasarkan Bible yang direka khas untuk bantu kaum muda belajar sifat-sifat yang baik dan menghampiri Tuhan. Selepas menonton beberapa video lagi dengan anak lelakinya, dia kata bahawa dia sangat menghargai kualiti video dan pengajaran yang disampaikan. Dia juga sudi melihat bagaimana kursus perbincangan Bible diadakan. Aturan juga telah dibuat untuk sambung perbincangan tersebut.

Kita turut bersukacita dengan saudara saudari kita di Colombia atas peluang ini untuk bantu orang ramai belajar cara untuk “hidup dalam cahaya Yehuwa.”—Yesaya 2:5.