29 APRIL 2019
ARGENTINA
Pembinaan Pejabat Cawangan yang Baharu di Argentina
Pada bulan Ogos 2018, pembinaan pejabat cawangan yang baharu telah bermula di Buenos Aires, Argentina. Pejabat cawangan ini akan merangkumi bangunan pejabat untuk menampung 136 orang pekerja dan dua buah bangunan tempat tinggal yang mempunyai 98 buah bilik. Pejabat cawangan yang lama merangkumi beberapa buah bangunan yang berbeza. Tetapi di pejabat cawangan yang baharu, semua kegiatan dipusatkan di sebuah bangunan agar memudahkan pekerjaan. Galeri foto di bawah menunjukkan tahap awal projek ini.
Ogos 2018: Kumpulan perancangan, yang terdiri daripada 10 orang saudara saudari, bekerja selama 18 bulan untuk menyiapkan pelan-pelan bangunan.
September 2018: Lubang digali untuk menyediakan asas bagi tiang-tiang struktur tambahan. Untuk memastikan kestabilan struktur bangunan, 103 batang tiang yang bulat ditancapkan sedalam 38 meter.
November 2018: Sebuah kren yang tingginya 33 meter digunakan semasa projek ini.
November 2018: Keselamatan diutamakan semasa kren dipasang dan sepanjang projek ini.
Januari 2019: Jentera berat digunakan untuk menggali lubang yang akan menjadi asas bagi struktur lif.
Mac 2019: Tetulang keluli ditambahkan sebelum konkrit dituangkan agar asas salah satu struktur menjadi lebih kukuh.