Lompat ke kandungan

6 NOVEMBER 2019
SEPANYOL

Bahagian Timur Sepanyol Dilanda Banjir Besar yang Teruk

Bahagian Timur Sepanyol Dilanda Banjir Besar yang Teruk

Sepanjang bulan September dan Oktober 2019, bahagian timur Sepanyol ditimpa hujan yang sangat lebat dan menyebabkan banyak kerosakan. Yang paling parah terjadi pada 23 Oktober di daerah Tarragona apabila air melimpah dari Sungai Francolí lalu menjadi banjir yang berbahaya. Sedih sekali, lima orang terkorban akibat banjir ini, termasuk dua orang saudara yang sedang memandu menyeberangi jambatan. Kereta mereka dihanyutkan arus banjir semasa dalam perjalanan pulang daripada perjumpaan Kristian.

Para penatua berusaha untuk melegakan sidang tempatan yang berkabung atas tragedi ini. Seorang anggota Jawatankuasa Pejabat Cawangan Sepanyol telah mengunjungi sidang tersebut untuk memberikan sokongan rohani.

Kita berdoa agar Yehuwa terus melegakan hati saudara saudari kita pada saat yang susah ini.—2 Korintus 1:3, 4.