Lompat ke kandungan

Saudari Tatyana Obizhestvit

6 MEI 2022
RUSIA

Tatyana Obizhestvit Bergantung pada Yehuwa

Tatyana Obizhestvit Bergantung pada Yehuwa

Mahkamah Daerah Vakhitovskiy di Kazan, Republik Tatarstan, dijadualkan untuk mengumumkan keputusannya tidak lama lagi dalam kes yang melibatkan Saudari Tatyana Obizhestvit. Pihak pendakwa belum mencadangkan hukuman yang mahu dikenakan.

Garis Masa

  1. 19 Januari 2020

    Pihak berkuasa menggeledah rumah Tatyana dan rumah beberapa Saksi yang lain di Kazan. Tatyana disoal siasat dan kemudiannya dibawa ke pusat tahanan sementara

  2. 21 Januari 2020

    Dibebaskan dan ditahan di rumah sendiri

  3. 25 Mei 2021

    Perbicaraan kes jenayahnya bermula

Profil

Kita menghargai teladan baik Saudari Tatyana. Dia bergantung pada Yehuwa dan bukannya pada pengertiannya sendiri untuk bertabah.—Amsal 3:5.