Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

31 JANUARI 2019
RUSIA

Keputusan Kes Dennis Christensen Akan Diumumkan pada 6 Februari 2019

Keputusan Kes Dennis Christensen Akan Diumumkan pada 6 Februari 2019

Kes Dennis Christensen selesai dibicarakan di Mahkamah Zheleznodorozhniy Daerah Oryol, dan hakim telah menentukan bahawa keputusan kesnya akan diumumkan pada 6 Februari 2019, iaitu hari Rabu.

Saudara Christensen telah ditahan sejak 25 Mei 2017. Perbicaraannya bermula pada 19 Februari 2018. Jika dia disabitkan bersalah, pihak pendakwa mahu Saudara Christensen dipenjarakan selama enam tahun setengah.

Biarpun Saudara Christensen sudah ditahan untuk lebih daripada 20 bulan, dia tetap bersemangat. Dia mempunyai keyakinan penuh terhadap Yehuwa dan bersyukur kerana saudara saudari di seluruh dunia sentiasa berdoa untuknya.—2 Tesalonika 3:1, 2.