Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Sergey Gobozev; Kanan: Saudara Mikhail Potapov dan isterinya, Tamara

3 MEI 2022
RUSIA

Dikuatkan menerusi Doa

Dikuatkan menerusi Doa

Tidak lama lagi, Mahkamah Daerah Votkinskiy di Republik Udmurtia akan mengumumkan keputusannya mengenai kes yang melibatkan Saudara Sergey Gobozev dan Mikhail Potapov. Pihak pendakwa belum mengemukakan hukuman yang ingin dikenakan.

Garis Masa

  1. 20 Januari 2021

    Kes jenayah difailkan terhadap Sergey dan Mikhail. Mereka dituduh mengaturkan kegiatan organisasi ekstremis

  2. 21 Januari 2021

    Apartmen Sergey digeledah. Pihak berkuasa merampas barang peribadinya, seperti lesen memandu, dokumen kereta, alat elektronik, album foto, dan beberapa terjemahan Bible. Pihak berkuasa menangkap Mikhail dan menggeledah rumahnya

  3. 22 Januari 2021

    Sergey ditahan di rumah. Mikhail dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 18 Mei 2021

    Sergey tidak lagi ditahan di rumah tetapi masih dikenakan sekatan perjalanan

  5. 19 Mei 2021

    Mikhail dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan dikenakan sekatan perjalanan

  6. 7 Oktober 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Kita yakin Yehuwa akan terus menyokong Sergey dan Mikhail seraya mereka terus menguatkan iman sendiri dengan berdoa dan mengkaji Bible.—Kolose 2:6, 7.