Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Mahkamah Daerah Oryol

17 MEI 2019
RUSIA

Dennis Christensen Akan Menyampaikan Rayuan Terakhir di Mahkamah pada 23 Mei

Dennis Christensen Akan Menyampaikan Rayuan Terakhir di Mahkamah pada 23 Mei

Pada hari Khamis, 16 Mei 2019, pendengaran kes rayuan Saudara Dennis Christensen telah dijalankan seperti yang dijadualkan. Peguam bela dan pihak pendakwa telah menyampaikan kata-kata penutup mereka. Saudara Dennis juga dapat menyampaikan pembelaannya selama kira-kira satu jam. Yang menariknya, pendengaran kes Saudara Dennis turut dihadiri oleh pegawai kerajaan dan para wartawan dari pelbagai negara. Hal ini menunjukkan bahawa kes Saudara Dennis masih mendapat perhatian antarabangsa meskipun dia sudah ditahan sejak dua tahun yang lalu.

Pada mulanya, pendengaran kes Saudara Dennis dijadualkan untuk berakhir pada hari Jumaat, 17 Mei. Tetapi, para hakim mengumumkan bahawa pendengaran kesnya akan ditangguhkan sehingga hari Khamis, 23 Mei, jam 10 pagi. Pada masa itu, Saudara Dennis akan berpeluang untuk menyampaikan pembelaannya yang terakhir sebelum para hakim membuat keputusan. Kita tidak tahu sama ada keputusan para hakim akan diumumkan pada hari yang sama atau pada kemudian hari.

Kita pasti berasa dikuatkan kerana saudara-saudara kita, seperti Saudara Dennis Christensen dan Saudara Sergey Skrynnikov, terus bersikap positif dan bertekad untuk tetap setia kepada Tuhan. Rasul Paulus berasa bangga terhadap saudara saudari di Tesalonika yang dianiaya. Dia menulis, “Kami membangga-banggakan kamu di hadapan sidang-sidang Tuhan, kerana kamu tetap tabah dan beriman semasa menanggung bermacam-macam penganiayaan dan kesusahan.” (2 Tesalonika 1:4) Sememangnya, kita juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saudara saudari kita di Rusia.