Lompat ke kandungan

(Kiri) Program pentahbisan diadakan di dewan yang telah disewa. (Kanan) Dua bangunan yang dijadikan sekolah Bible

19 NOVEMBER 2019
KENYA

Bangunan Baharu bagi Sekolah Bible Ditahbiskan di Kenya

Sebuah bangunan baharu bagi sekolah Bible telah ditahbiskan di Eldoret, Kenya, pada 9 November 2019. Saudara Bengt Olsson, ahli Jawatankuasa Cawangan Kenya, memberikan ceramah pentahbisan kepada saudara saudari seramai 1,199 orang dan ini termasuk 500 pekhidmat khas sepenuh masa yang datang dari berlainan tempat di Kenya. Bangunan ini mempunyai keluasan 433 meter persegi dan akan digunakan untuk Sekolah Latihan Penginjil dan Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka. Dijangkakan sekurang-kurangnya empat kelas Sekolah Latihan Penginjil akan diadakan di sana setiap tahun.

Dahulu, bangunan ini digunakan oleh pejabat cawangan, tetapi kemudiannya diubahsuai menjadi bangunan sekolah Bible. Sebuah rumah mubaligh telah diubahsuai menjadi tempat dobi, dapur, dan ruang makan bagi sekolah Bible, manakala sebuah Dewan Perjumpaan telah diubah menjadi ruangan kelas. Kerja-kerja ubah suai ini bermula pada 1 April 2019 dan sebahagian besarnya disiapkan pada 9 September.

Saudara Olsson menjelaskan manfaat sekolah ini. Dia berkata, “Kawasan penyebaran di Afrika Timur sangat berpotensi untuk maju. Kita yakin bahawa latihan yang diberikan kepada pelajar akan sangat berguna untuk membantu orang ramai yang berduyun-duyun ke Gunung tempat Rumah Yehuwa.”—Mikha 4:1.