Lompat ke kandungan

23 OKTOBER 2019
JEPUN

Taufan Hagibis Menghentam Jepun

Taufan Hagibis telah melanda Jepun pada 12 dan 13 Oktober 2019, dan mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 77 orang. Taufan itu juga menyebabkan banjir yang teruk sehingga puluhan ribu rumah tiada bekalan elektrik dan air. Kerajaan Jepun masih berusaha untuk mencari orang yang hilang. Taufan ini ialah taufan terkuat yang pernah melanda Jepun sejak tahun 1958, dan menyebabkan sesetengah tempat dilanda hujan lebat, iaitu sebanyak 889 milimeter (35 inci).

Semua saudara saudari dapat dihubungi dan tiada antara mereka yang terkorban akibat taufan ini. Tetapi, 10 orang di antara mereka mengalami kecederaan ringan. Selain itu, lebih daripada 1,200 rumah saudara saudari kita telah mengalami kerosakan. Sebanyak 23 buah Dewan Perjumpaan juga telah mengalami kerosakan, dan 3 antaranya tidak dapat digunakan kerana dilanda banjir atau tiada bekalan elektrik. Selain itu, Dewan Perhimpunan di Tochigi mengalami sedikit kerosakan.

Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) telah dibentuk di daerah Fukushima dan daerah Nagano. Setelah mengetahui tahap kerosakan yang berlaku di kawasan lain, pejabat cawangan juga menubuhkan DRC di kawasan-kawasan itu. Pejabat cawangan bukan sahaja membekalkan makanan dan air kepada saudara saudari, mereka juga menugaskan para penyelia litar untuk memberikan galakan dan kelegaan rohani.

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menjadi sumber kelegaan hati kepada saudara saudari kita pada waktu yang susah ini.—Mazmur 142:5.