Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

31 MEI 2019
ISRAEL

Kesaksian Awam Meningkat di Israel semasa Ribuan Pelancong Membanjiri Tel Aviv

Kesaksian Awam Meningkat di Israel semasa Ribuan Pelancong Membanjiri Tel Aviv

Bermula dari tanggal 10 hingga 19 Mei, Saksi-Saksi Yehuwa di Israel meningkatkan usaha mereka untuk mengadakan kesaksian awam di Tel Aviv. Mereka berbuat demikian kerana terdapat ramai pelancong yang datang untuk menghadiri pelbagai acara kebudayaan di bandar itu. Contohnya, dari tanggal 14 hingga 18 Mei, Tel Aviv menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Nyanyian Eurovision yang berjaya menarik kira-kira sepuluh ribu pelancong.

Saudara Gennadi Korobov, yang membantu untuk menyelia kerja kesaksian awam itu berkata, “Apabila kami mendapat tahu bahawa ribuan pelancong akan mengunjungi Tel Aviv bagi acara muzik itu, kami melihatnya sebagai suatu peluang istimewa untuk meningkatkan kerja kesaksian awam. Kami teruja kerana terdapat seramai 168 penyiar dari 22 buah sidang di seluruh Israel rela menyertai aktiviti ini.”

Setiap hari, saudara saudari mempamerkan bahan bacaan pada rak mudah alih di lapan lokasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Untuk mencapai para pelancong yang datang dari pelbagai negara, bahan bacaan dalam 10 bahasa telah dipamerkan. Antaranya ialah bahasa Arab, Cina, Ibrani, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Perancis, Rusia, dan Sepanyol.

Kami yakin bahawa usaha ini pasti akan membuahkan hasil yang baik di Israel. Hal ini dapat membuktikan bahawa umat Yehuwa memuji-Nya “sepanjang masa.”—Mazmur 34:1, 2.