Lompat ke kandungan

Tingkat bawah pameran “Wedontdothat” di Center for Humanistic Education

28 APRIL 2022
ISRAEL

Pameran di Israel tentang Penganiayaan Nazi terhadap Saksi-Saksi Yehuwa

Pameran di Israel tentang Penganiayaan Nazi terhadap Saksi-Saksi Yehuwa

Pada 7 Mac 2022, satu pameran baharu tentang keberanian Saksi-Saksi Yehuwa yang dianiaya oleh Nazi diadakan di Israel. Pameran itu diadakan di Center for Humanistic Education, Ghetto Fighters’ House Museum, di Western Galilee. Pameran itu terdapat dalam bahasa Arab, Inggeris, dan Ibrani. Ia akan terus dibuka sehingga Mac 2023. Demi membuat persiapan bagi pameran itu, para pekerja muzium berganding bahu dengan lebih daripada 50 saudara saudari di serata dunia. Saudara saudari bantu buat penyelidikan sejarah, rekaan grafik, dan terjemahan bagi pameran itu.

Pameran interaktif itu bertajuk, “Wedontdothat,” yang bermaksud “Kita tak buat itu.” Tajuk ini diilhami oleh nama panggilan yang diberikan oleh seorang ahli pertahanan awam Jerman kepada Saudara Joachim Alfermann, seorang Saksi-Saksi Yehuwa yang dianiaya oleh Nazi. * Biarpun dipaksa dengan teruk, dipukul, dan dikurung secara berasingan, Joachim enggan dilatih menjadi askar Jerman. Dia kata, “Kita tak buat itu.” Dia kemudian dihantar ke kem konsentrasi kerana enggan mengangkat senjata. Puan Yaara Galor yang merupakan kurator (seseorang yang dilantik untuk menjaga dan menguruskan pentadbiran) pameran kata, “Kita tahu bahawa orang Yahudi dibunuh atas pelbagai sebab. Begitu juga dengan jutaan orang lain. . . . Setiap kumpulan itu mempunyai kisah yang tersendiri.”

Pintu masuk ke Center for Humanistic Education

Dr. Gideon Greif ialah seorang pakar Holocaust dan sejarawan Auschwitz. Semasa pembukaan program pameran, dia berucap bahawa Saksi-Saksi Yehuwa enggan menandatangani dokumen yang menyatakan mereka akan menolak kepercayaan mereka. Dia kata, “[Saksi-Saksi Yehuwa] dengan mudah dapat dibebaskan kerana proses tandatangan hanya perlu seminit. Tapi, pendirian mereka buktikan bahawa biarpun dalam detik sejarah dunia yang paling gelap dan susah, terdapat kumpulan orang yang dapat kekalkan standard moral yang tinggi menerusi tindakan dan kata-kata murni mereka. Jadi, Saksi-Saksi Yehuwa memang layak diberitahu kepada umum, serta diajar, dipelajari, dan diingati.”

Seorang saudari yang berkhidmat di cawangan Israel dan telah menghadiri pameran pembukaan itu kata, “Air mata saya bergenang semasa fikirkan kita ada pameran muzium sebegini di Israel yang terbuka kepada orang umum . . . Semasa mendengar anggota pekerja muzium dari pentas sebut ‘Saksi-Saksi Yehuwa’ dalam bahasa Ibrani, itulah detik yang tak akan saya lupakan. Sudah tentu, nama Yehuwa telah dimuliakan oleh peristiwa ini.”

Saudara David Simozrag dari pejabat cawangan Israel berucap semasa pameran pembukaan

Kita yakin bahawa mereka yang mengunjungi pameran ini akan dibantu untuk hargai keberanian dan iman saudara saudari kita di Nazi Jerman. Teladan kesetiaan mereka dapat menggerakkan penyembah Yehuwa pada zaman moden untuk terus ‘berlari dalam perlumbaan dengan tabah.’—Ibrani 12:1.