Lompat ke kandungan

Keluarga Tunbonat, dengan tiga orang anak mereka yang berumur 7, 10, dan 12 tahun, yang telah dibuang sekolah

30 OKTOBER 2019
INDONESIA

Mahkamah Indonesia Melindungi Hak Kebebasan Beragama Kanak-Kanak yang Bersekolah

Pada 8 Ogos 2019, Pengadilan Tata Usaha Negara (PTUN) Samarinda membuat keputusan yang memihak kepada tiga orang anak Saksi yang telah dibuang sekolah kerana enggan menabik bendera atau menyanyikan lagu kebangsaan. Mahkamah itu menyatakan bahawa kanak-kanak itu tidak sepatutnya dibuang sekolah dan mengarahkan agar pihak sekolah membenarkan mereka kembali bersekolah. Keputusan ini menegaskan bahawa kanak-kanak tidak patut dihukum kerana mengikut kepercayaan ibu bapa mereka. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa undang-undang Indonesia membenarkan ibu bapa untuk memberikan pendidikan agama kepada anak mereka.

Yonatan, Yosua, dan Maria Tunbonat, yang berumur 7, 10, dan 12 tahun, telah dibuang sekolah pada bulan Disember 2018 kerana enggan menabik bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan. Tetapi, mahkamah itu menyatakan bahawa perbuatan mereka tidak melanggar Perlembagaan atau undang-undang negara, dan tidak menghina adat dan lambang negara.

Kita bergembira kerana mahkamah itu membuat keputusan yang membenarkan kanak-kanak itu kembali bersekolah dan menghormati kepercayaan mereka yang berdasarkan Bible. Kita berharap agar keputusan ini juga dapat membantu anak-anak Saksi yang lain di Indonesia yang menghadapi cabaran yang serupa.