Lompat ke kandungan

14 JANUARI 2020
INDONESIA

Jakarta Ditenggelami Banjir yang Teruk

Pada 31 Disember 2019, kira-kira 100 buah rumah saudara saudari kita di Jakarta, Indonesia, dilanda banjir apabila paras air hujan hampir mencecah 38 sentimeter. Sesetengah rumah ditenggelami air sehingga 1.5 meter.

Tiada saudara saudari kita yang terbunuh atau tercedera akibat banjir tersebut. Namun banyak penyiar yang perlu dipindahkan buat sementara, manakala yang lain terpaksa mencari tempat yang selamat di dalam rumah untuk berlindung. Selain itu, sesetengah dewan perjumpaan mengalami kerosakan yang kecil. Para penatua tempatan telah mengaturkan bantuan dan menyediakan keperluan seperti makanan dan air. Tambahan lagi, para penyelia litar mengunjungi mereka yang menjadi mangsa dan memberikan kelegaan daripada Bible. Dua kumpulan Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk memantau bantuan yang diperlukan seterusnya.

Banjir ini tidak menghalang saudara saudari kita daripada menjalankan aktiviti rohani mereka, bahkan ada keluarga tetap menghadiri perjumpaan pertengahan minggu walaupun mereka harus melintasi kawasan banjir. Saudara Daniel Purnomo, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Indonesia, berkata, “Banjir di Jakarta kali ini adalah yang paling teruk selama beberapa tahun kebelakangan ini. Namun bencana ini tidak membuat saudara saudari menjadi tawar hati. Sebaliknya, mereka terdorong untuk saling membantu dan menunjukkan kasih Kristian.”

Kita menanti-nantikan masanya apabila kuasa alam bumi ini tidak lagi menyebabkan malapetaka.—Markus 4:39.