Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Vladimir Maladyka; Saudara Vladimir Sakada dan isterinya, Svetlana; Saudara Yevgeniy Zhukov

9 MEI 2022
BERITA GLOBAL

Keluarga-Keluarga di Crimea Bertabah dengan Bantuan Yehuwa

Keluarga-Keluarga di Crimea Bertabah dengan Bantuan Yehuwa

Tidak lama lagi, Mahkamah Daerah Nakhimovskiy di Sevastopol akan mengumumkan keputusannya mengenai kes yang melibatkan Saudara Vladimir Maladyka, Vladimir Sakada, dan Yevgeniy Zhukov. Pihak pendakwa belum mengemukakan hukuman yang ingin dikenakan.

Garis Masa

  1. 1 Oktober 2020

    Ejen FSB (Agensi Keselamatan Persekutuan) telah menggeledah rumah sembilan keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Sevastopol, termasuk rumah milik keluarga Maladyka, Sakada, dan Zhukov. Semasa menggeledah rumah keluarga Maladyka, ejen FSB menjumpai sebungkus tepung susu dan mendakwa bahawa kandungannya menyerupai dadah. Saudara Maladyka dan isterinya Nataliya dihantar ke pusat psikiatrik untuk pemeriksaan. Nataliya dibebaskan pada hari yang sama. Saudara Maladyka, Sakada, dan Zhukov ditahan buat sementara dan dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan pada hari seterusnya

  2. 23 Mac 2021

    Saudara Sakada dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah. Alat penjejak dipasang padanya, dan dia dilarang menggunakan Internet, membuat panggilan telefon, atau berkomunikasi dengan saudara-saudara lain yang terlibat dalam kes yang sama

  3. 30 Mac 2021

    Saudara Maladyka dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  4. 17 Mei 2021

    Saudara Zhukov dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan setelah dikurung untuk lebih daripada tujuh bulan dan ditahan di rumah

  5. 30 September 2021

    Perbicaraan bermula

Profil

Kita yakin bahawa Yehuwa akan menguatkan hati saudara-saudara ini dan semua rakan seiman yang dianiaya di Crimea.—1 Tesalonika 3:12, 13.