Lompat ke kandungan

13 NOVEMBER 2019
BERITA GLOBAL

Angka Pembaptisan Tertinggi sejak 20 Tahun yang Lalu dalam Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 2019

Kami gembira untuk mengumumkan bahawa lebih daripada 300,000 individu telah dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa pada tahun aktiviti penyebaran 2019. Inilah kali pertama bilangan orang yang dibaptis melebihi angka 300,000 sejak tahun 1999. Kita memuji Yehuwa kerana Dia memberkati segala usaha yang kita curahkan dalam aktiviti penyebaran dan kerja menjadikan orang murid Yesus!

Terdapat juga acara lain yang bersejarah dan yang susah dilupakan dalam tahun aktiviti penyebaran 2019, seperti konvensyen antarabangsa, pengeluaran Bible, dan kasih yang ditunjukkan oleh saudara saudari kita. Berikut merupakan beberapa statistik yang diperoleh daripada laporan sedunia. *

  • Negara atau Kawasan: 240

  • Hadirin Peringatan di Serata Dunia: 20,919,041

  • Jumlah Tertinggi Penyiar: 8,683,117

  • Jumlah yang Dibaptis: 303,866

Laporan baik seperti ini mendorong kita untuk terus mematuhi nasihat Tuan Yesus yang berikut, yang juga merupakan ayat tahunan 2020: “Pergilah . . . dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptislah mereka.”—Matius 28:19.

^ per. 3 Seluruh Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 2019 bagi Saksi-Saksi Yehuwa akan disediakan di jw.org dan aplikasi JW Library tidak lama lagi.