Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

12 FEBRUARI 2019
BRAZIL

Empangan Runtuh di Brazil

Empangan Runtuh di Brazil

Pada hari Jumaat, 25 Januari 2019, sebuah empangan perlombongan runtuh di kota Brumadinho, yang terletak di Minas Gerais, Brazil. Akibatnya, banjir lumpur berlaku dan sekurang-kurangnya 150 orang terkorban, dan 182 orang masih hilang.

Terdapat sekitar 180 orang Saksi-Saksi Yehuwa dalam dua sidang di Brumadinho. Kebanyakan daripada mereka bekerja di lombong itu. Sepuluh orang saudara sedang bekerja semasa empangan itu pecah. Sembilan daripada mereka terselamat, tetapi sedihnya seorang saudara masih hilang. Dia seorang penatua. Selain itu, sekurang-kurangnya lima buah keluarga Saksi terpaksa berpindah, dan sebuah rumah mengalami kerosakan yang teruk.

Salah seorang ahli Jawatankuasa Cawangan dan para penyelia litar di kawasan itu telah melawat saudara saudari yang menjadi mangsa bencana untuk menggalakkan mereka dan memberi mereka bantuan praktikal. Semoga Bapa kita yang di syurga melegakan hati saudara saudari yang menjadi mangsa dalam bencana ini.—Roma 15:5.