Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

3 JUN 2019
BOLIVIA

Tanah Runtuh di Bolivia Memusnahkan Kawasan Sekitar La Paz

Tanah Runtuh di Bolivia Memusnahkan Kawasan Sekitar La Paz

Pada 30 April 2019, tanah runtuh telah memusnahkan sebahagian besar kawasan San Jorge Kantutani, di La Paz, Bolivia. Ratusan orang perlu dipindahkan.

Pejabat cawangan Bolivia melaporkan bahawa tiada saudara saudari yang terkorban atau tercedera. Terdapat 11 buah keluarga Saksi yang tinggal di kawasan itu dan rumah mereka hanya mengalami kerosakan kecil atau langsung tidak terjejas. Namun, ada dua buah rumah Saksi yang lain telah musnah akibat tanah runtuh itu.

Di bawah penyeliaan pejabat cawangan, Jawatankuasa Bantuan Bencana, para penyelia litar dan para penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani serta bantuan praktikal. Saudara saudari di kawasan yang terjejas tetap berjaga-jaga kerana tanah runtuh mungkin akan berlaku jika hujan berterusan.

Kami bersyukur kerana tiada saudara saudari yang tercedera dan mereka sedang menerima bantuan yang diperlukan.—Galatia 6:10.