Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Bangunan perbandaran di Virginia Beach, tempat kejadian itu berlaku

4 JUN 2019
AMERIKA SYARIKAT

Tembakan Rambang di Virginia Beach, Amerika Syarikat

Tembakan Rambang di Virginia Beach, Amerika Syarikat

Pada 31 Mei 2019, seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah para pekerja di sebuah pejabat perbandaran di Virginia Beach, Virginia, Amerika Syarikat. Dua belas orang terbunuh dan empat orang tercedera dalam kejadian itu.

Sedihnya, pejabat cawangan Amerika Syarikat melaporkan bahawa seorang saudari yang bernama LaQuita Brown, telah terkorban dalam serangan itu. Saudari Brown, yang berumur 39 tahun, berkhidmat sebagai perintis biasa di Sidang Perancis Seaview, di Norfolk, Virginia. Dia juga berkhidmat sebagai sukarelawan untuk Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan. Para penatua tempatan dan penyelia litar sedang memberikan galakan menerusi Firman Tuhan dan sokongan emosi kepada sanak saudara dan sahabat handai Saudari Brown.

Kami amat sedih atas kehilangan saudari kami. Kami menantikan saatnya apabila tragedi sebegini tidak akan ada lagi dan seluruh bumi dipenuhi “kedamaian yang berlimpah-limpah.”—Mazmur 37:10, 11.