Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Kerosakan yang disebabkan oleh tornado yang berlaku di El Reno, Oklahoma

13 JUN 2019
AMERIKA SYARIKAT

Cuaca Teruk Melanda Beberapa Kawasan di Amerika Syarikat

Cuaca Teruk Melanda Beberapa Kawasan di Amerika Syarikat

Sepanjang bulan Mei 2019, berita melaporkan bahawa hujan lebat dan sekitar 500 tornado melanda Amerika Syarikat.

Cuaca teruk itu telah mempengaruhi Saksi-Saksi Yehuwa yang tinggal di Arkansas, Indiana, Mississippi, Missouri, Ohio, Oklahoma, Pennsylvania, dan Texas. Tidak ada saudara saudari yang terkorban dalam musibah itu, namun enam orang telah cedera dan empat orang daripada mereka telah dimasukkan ke hospital. Selain itu, 6 buah rumah saudara saudari kita musnah manakala 98 buah rumah lagi mengalami kerosakan. Akibatnya, 84 orang saudara saudari kita terpaksa berpindah ke tempat lain. Sebanyak 12 buah Dewan Perjumpaan juga mengalami kerosakan.

Saudara-saudara di sana sedang memantau keadaan dan memberikan makanan, air, dan tempat tinggal kepada mereka yang terlibat. Para penatua tempatan dan penyelia litar juga berusaha untuk melegakan hati dan menggalakkan saudara saudari di sana.

Kita akan terus berdoa bagi rakan seiman kita yang sedang menghadapi kesulitan akibat bencana yang teruk itu.—2 Korintus 1:3, 4.