Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Rumah salah seorang saudara kita di Ashland, Nebraska, yang ditenggelami banjir. Para sukarelawan sudah mula membantu untuk membersihkan rumahnya.

16 APRIL 2019
AMERIKA SYARIKAT

Banjir Teruk Melanda Bahagian Tengah Amerika Syarikat

Banjir Teruk Melanda Bahagian Tengah Amerika Syarikat

Pada pertengahan Mac 2019, hujan lebat dan salji yang mencair telah menyebabkan banjir di Nebraska dan Iowa. Air sungai mencecah paras tertinggi sehingga melimpahi empangan dan tetambak. Akibatnya, ratusan rumah rosak dan sekurang-kurangnya empat orang terkorban.

Terdapat 5,123 orang penyiar yang tinggal di kawasan itu. Tetapi, pejabat cawangan Amerika Syarikat melaporkan bahawa tiada saudara saudari kita yang mati atau tercedera. Namun terdapat 84 orang penyiar yang terpaksa berpindah. Selain itu, terdapat 8 buah rumah saudara saudari kita yang mengalami kerosakan teruk dan 34 buah rumah yang mengalami kerosakan kecil.

Sukarelawan dari sidang-sidang berdekatan sudah mula datang untuk membersihkan rumah saudara saudari. Mereka dibantu oleh saudara saudari daripada Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan. Para penyelia litar di kawasan bencana telah mengunjungi saudara saudari yang terlibat untuk melegakan hati mereka.

Kita berdoa agar saudara saudari kita akan terus mendapat sokongan praktikal dan rohani seraya mereka mengharungi situasi yang susah ini.—2 Korintus 1:3, 4.