Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

LAMAN WEB JW.ORG

Menggunakan Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa

Menggunakan Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa

 Muat Turun Buku Lagu

Klik BAHAN BACAAN > MUZIK.

Klik pada ikon Teks bagi bahan bacaan tersebut untuk membuka halaman Muat Turun.

Halaman Muat Turun akan menunjukkan format-format yang tersedia bagi Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa.

  • Klik pada butang di bawah tajuk buku lagu untuk melihat format yang ingin anda muat turun. Contohnya, klik pada “PDF” untuk melihat fail PDF yang boleh dimuat turun.

  • Klik butang muat turun yang terdapat di sebelah fail yang ingin anda muat turun. Saiz fail akan dipaparkan pada butang tersebut.

 Main atau Muat Turun Audio bagi Buku Lagu

Jika album muzik bagi buku lagu terdapat dalam bahasa anda, bahan itu akan dipaparkan bersama buku lagu di bahagian BAHAN BACAAN > MUZIK.

Klik butang Audio yang terdapat di sebelah butang muat turun bahan bacaan untuk memaparkan halaman Main dan Muat Turun.

Anda dapat memainkan satu atau beberapa lagu dalam halaman Main dan Muat Turun.

  • Klik butang Main di Bar Audio untuk memainkan buku lagu dari permulaan.

  • Klik butang Main pada sebelah tajuk lagu untuk memainkan lagu tersebut.

Selepas sebuah lagu berakhir, lagu seterusnya akan dimainkan. Semua lagu yang disenaraikan akan dimainkan sehingga akhir.

Halaman Main dan Muat Turun membolehkan anda untuk memuat turun audio bagi satu lagu atau keseluruhan buku lagu.

  • Klik butang ZIP untuk muat turun semua fail audio buku lagu. Saiz bagi keseluruhan fail akan dipaparkan pada butang muat turun.

  • Klik butang MP3 yang terdapat di sebelah tajuk lagu untuk muat turun audio bagi lagu itu. Saiz bagi fail itu akan dipaparkan pada butang muat turun.

Cari, Main, dan Lihat Lagu

 Klik pada BAHAN BACAAN > MUZIK.

Klik pada buku lagu atau album muzik untuk membuka halaman Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa.

Halaman ini membolehkan anda mencari lagu yang anda inginkan.

Klik pada kotak Terus mainkan untuk memainkan semua lagu dalam album. Lagu akan berhenti selepas semua lagu sudah dimainkan.

Klik pada kotak Rombak untuk memainkan lagu secara rambang. Lagu akan berhenti selepas semua lagu sudah dimainkan.

Kawalan pada Bar Audio boleh digunakan:

  • Klik Main untuk memainkan lagu Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa dari permulaan. Atau, klik butang Main pada sebelah kanan tajuk lagu untuk memainkan lagu itu.

  • Klik Jeda untuk menghentikan audio. Klik Main untuk memainkan semula lagu.

  • Gerakkan penanda audio ke hadapan atau belakang untuk memainkan bahagian lain bagi lagu tersebut.

  • Sama ada dalam mod Terus mainkan atau Rombak, anda boleh klik Mundur ke Belakang untuk kembali ke lagu yang sebelumnya.

  • Sama ada dalam mod Terus mainkan atau Rombak, anda boleh klik Mara ke Depan untuk maju ke lagu yang seterusnya.

  • Klik pada ikon Bunyi untuk mematikan audio. Lagu akan dimainkan tanpa suara.

  • Klik pada ikon Bunyi untuk memainkan bunyi.

Jika anda menggerakkan halaman ke bawah, Bar Audio akan tetap berada di bahagian atas skrin. Maka, anda dapat menghentikan atau memainkan semula rakaman dengan mudah semasa melayari halaman tersebut.

Anda boleh memaparkan lagu Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa dalam bentuk Grid atau Senarai.

  • Klik pada butang Senarai untuk melihat nombor lagu dan tajuk dalam bentuk senarai. Ini merupakan tetapan asal.

  • Dalam bentuk Senarai, klik pada butang Main di sebelah tajuk lagu untuk memainkan lagu atau klik pada tajuk untuk melihat lirik.

  • Klik pada butang Grid untuk melihat nombor lagu dalam bentuk grid. Klik pada nombor lagu untuk melihat lirik.

Lihat Lirik Lagu

Jika lirik bagi buku lagu terdapat dalam talian, klik pada nombor lagu atau tajuk lagu untuk melihat lirik.

 Untuk mencari lagu, gunakan kotak Carian yang terdapat di bahagian bawah Bar Audio.

  • Klik pada kotak carian untuk melihat nombor lagu dan tajuknya.

  • Taipkan nombor lagu atau sebahagian tajuk lagu. Lagu yang berpadanan akan dipaparkan.

  • Pilih satu lagu daripada senarai tersebut untuk melihat lirik.

Anda boleh memilih format lirik lagu:

  • Paparkan lirik lagu dalam bentuk teks. Ini merupakan tetapan asal. Anda dapat klik pada pautan ayat Bible dan ayat tersebut akan dipaparkan. Semasa anda sedang memainkan lagu, lirik bagi bahagian lagu yang sedang dimainkan akan diserlahkan.

  • Paparkan lirik lagu dalam bentuk imej. Format ini akan menunjukkan nota muzik lagu. Klik pada imej tersebut untuk melihat imej dalam halaman Paparan Imej. Anda boleh mengubah saiz imej dengan menggunakan butang Zum Masuk dan Zum Keluar atau menggunakan jari anda pada skrin sentuh untuk membesarkan atau mengecilkan imej.