Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

LAMAN WEB JW.ORG

Cari Maklumat dalam Bahasa Lain

Cari Maklumat dalam Bahasa Lain

Jika anda sedang mempelajari bahasa baru atau ingin berkongsi maklumat dari laman web jw.org dengan seseorang yang bertutur dalam bahasa lain, gunakan salah satu daripada tiga cara yang berikut untuk mencari maklumat dalam bahasa yang anda ingini.

 Tukar Bahasa Laman Web

Klik butang Pilih Bahasa untuk memaparkan senarai bahasa yang terdapat di jw.org.

Ikon di sebelah kiri setiap bahasa dalam senarai menunjukkan:

  • Seluruh atau sebahagian daripada laman web telah diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut. Klik bahasa tersebut untuk menukar bahasa laman web anda.

  • Laman web belum diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut. Tetapi bahan bacaan telah disediakan dalam bahasa tersebut dan dapat dimuat turun. Klik bahasa untuk melihat senarai bahan bacaan yang tersedia.

  • Ikon ini ialah bahasa isyarat.

    Jika sebahagian daripada laman web jw.org tersedia dalam bahasa isyarat pilihan anda, bahasa laman web jw.org akan ditukar ke dalam bahasa isyarat tersebut.

    Jika laman web jw.org belum diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat pilihan anda, anda akan melihat senarai bahan bacaan yang tersedia dalam bahasa isyarat tersebut.

Memandangkan senarai tersebut mengandungi ratusan bahasa, anda boleh menggunakan salah satu cara berikut untuk mencari bahasa pilihan anda dengan mudah:

  • Pilih bahasa anda: Di bahagian atas senarai bahasa, empat jenis bahasa yang baru anda gunakan untuk melayari jw.org akan disenaraikan.

  • Taip nama bahasa: Taip nama bahasa. Misalnya, jika anda ingin menukar bahasa laman web anda daripada bahasa Inggeris kepada Jerman, anda boleh taip “Jerman” ataupun “Deutsch.” Hanya bahasa yang sepadan dengan kata pencarian anda akan dipaparkan.

 Paparkan Halaman Web dalam Bahasa Lain

Kaedah 1: Gunakan kaedah ini pada halaman web yang mempunyai senarai Baca dalam Bahasa.

Buka rencana yang anda ingin baca atau kongsi dengan orang lain. Kemudian, pilih bahasa yang terdapat dalam senarai Baca dalam Bahasa untuk membuka rencana dalam bahasa tersebut. (Jika bahasa yang anda cari tidak terdapat dalam senarai Baca dalam Bahasa, ini bermaksud rencana itu belum diterbitkan dalam bahasa tersebut.)

Tip: Dalam senarai Baca dalam Bahasa, ikon audio di sebelah kiri nama bahasa menunjukkan bahawa rakaman audio tersedia bagi rencana dalam bahasa tersebut.

Jika anda menggunakan senarai Baca dalam Bahasa untuk memaparkan rencana dalam bahasa lain, bahasa laman web anda tidak akan ditukar ke dalam bahasa tersebut. Hanya rencana tersebut akan dipaparkan dalam bahasa yang anda pilih.

Kaedah 2: Jika rencana yang anda ingini tidak mempunyai senarai Baca dalam Bahasa, gunakan Pilih Bahasa untuk menukar bahasa laman web anda agar dapat mencari rencana tersebut. Jika rencana tersedia dalam bahasa pilihan anda, halaman web akan memaparkan rencana tersebut. Jika tidak, anda akan dibawa ke laman utama bagi bahasa yang telah dipilih.

 Cari Bahan Bacaan dalam Bahasa Lain

Klik BAHAN BACAAN > BAHAN BACAAN YANG DISEDIAKAN. Anda akan melihat bahagian Tunjukkan. Kemudian, pilih nama bahasa dan klik butang Cari.

Untuk mencari bahasa pilihan anda dengan mudah, gunakan salah satu cara berikut:

  • Pilih bahasa anda: Di bahagian atas senarai bahasa, empat jenis bahasa yang baru anda gunakan untuk melayari jw.org akan disenaraikan.

  • Taip nama bahasa: Taip nama bahasa. Misalnya, jika anda ingin menukar bahasa laman web anda daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Jerman, anda boleh taip “Jerman” ataupun “Deutsch.” Hanya bahasa yang sepadan dengan kata pencarian anda akan dipaparkan.

Jika bahasa pilihan anda mempunyai banyak bahan bacaan, halaman BAHAN BACAAN YANG DISEDIAKAN hanya akan memaparkan sesetengah bahan bacaan. Untuk mencari lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa tersebut, lihat halaman BAHAN BACAAN (contohnya, MAJALAH atau BUKU & BROSUR).

Jika bahan bacaan bagi bahasa tersebut belum disediakan, anda akan melihat pautan yang menunjukkan bahan bacaan lain dalam bahasa tersebut.