Bahagian BAHAN BACAAN di laman web jw.org mengandungi ratusan bahan dalam bentuk digital, audio, dan video. Tip dalam rencana ini dapat membantu anda mencari bahan bacaan yang diingini.

 Cari Bahan Bacaan dengan Menggunakan Tajuk

Jika anda mengetahui tajuk bahan atau sebahagian daripada tajuknya, gunakan langkah berikut untuk mencari bahan tersebut.

Klik BAHAN BACAAN > BUKU & BROSUR.

  • Klik kotak Semua dan taip tajuk bahan yang anda ingini. Contohnya, jika anda sedang mencari buku Ajaran Bible, taip “ajaran.” Senarai akan memaparkan tajuk bahan yang mengandungi perkataan “ajaran.” Pilih bahan yang anda ingini.

  • Klik butang Cari.

 Cari Terbitan Majalah Tertentu

Klik BAHAN BACAAN > MAJALAH.

Halaman ini akan memaparkan empat terbitan terkini bagi majalah Sedarlah! dan Menara Pengawal (edisi umum). Selain itu, lapan terbitan terkini bagi majalah Menara Pengawal (edisi pembelajaran) dan Menara Pengawal (edisi mudah) juga dipaparkan. (Sesetengah bahasa tidak mempunyai bahan-bahan ini.) Untuk mencari majalah tertentu, gunakan langkah berikut:

  • Pilih majalah dan tahun terbitan daripada senarai yang tersedia.

  •   Klik butang Cari.

Paparkan Format yang Tersedia untuk Bahan Bacaan

Anda boleh melihat bahan bacaan dalam susunan grid atau senarai.

Klik butang Grid untuk memaparkan bahan-bahan secara padat dan ringkas. Pandangan ini ialah tetapan asal.

Muka depan bahan bacaan, butang muat turun, dan tajuk bagi setiap bahan bacaan akan dipaparkan. Letak kursor pada butang muat turun (atau tekan butang muat turun bagi alat mudah alih) untuk melihat format fail yang tersedia bagi bahan tersebut (digital atau audio).

Klik butang Senarai untuk memaparkan bahan bacaan dalam bentuk senarai.

Format fail yang tersedia bagi semua bahan bacaan akan dipaparkan.

Sesetengah bahan bacaan tersedia dalam edisi lain, seperti bahan bacaan yang bersaiz besar. Klik format fail (cth. PDF) untuk melihat semua edisi yang tersedia bagi format tersebut. Pilih pautan bagi edisi yang ingin anda muat turun.

 Cari Bahan Bacaan yang Mengandungi Maklumat Tertentu

Jika bahan bacaan dapat dibaca menerusi laman web, anda boleh menggunakan ciri Carian Laman Web. Untuk mencari bahan bacaan yang anda ingini, taip perkataan atau ayat yang terdapat dalam rencana atau bab bagi bahan tersebut.

Klik butang Cari. Anda boleh taip beberapa perkataan, ayat, atau kata kunci bagi bahan yang anda ingini, kemudian klik butang Cari. Bahan yang anda ingini akan disenaraikan.

Jika anda hanya ingin mencari rencana tertentu, gunakan langkah berikut:

  • Klik Carian Lanjut atau pautan Pilihan Lanjut.

  • Di bawah bahagian Kategori, tandakan Bahan Bacaan.

  • Klik butang Cari.