Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

JW LIBRARY

Guna Fungsi Sejarah​—iOS

Guna Fungsi Sejarah​—iOS

Pada bahagian sejarah di JW Library, anda boleh melihat rencana atau bab Bible yang telah dibaca. Ciri ini sangat berguna contohnya untuk melihat ayat Bible yang anda buka sebelumnya.

Ikutlah langkah-langkah berikut untuk menggunakan fungsi Sejarah:

 Melihat Semula Sejarah

Tekan beberapa saat tab Bible untuk melihat senarai ayat Bible yang baru dibaca. Dalam senarai tersebut, tekan satu ayat Bible untuk melihatnya semula.

Tekan beberapa saat tab Bahan Terbitan untuk melihat senarai rencana bagi semua bahan bacaan yang baru dibaca. Dalam senarai tersebut, tekan satu rencana untuk melihatnya semula.

 Kosongkan Sejarah

Tekan beberapa saat tab Bible atau Bahan Terbitan untuk melihat senarai sejarah. Kemudian, tekan butang Kosongkan untuk mengosongkan senarai tersebut.

Fungsi ini boleh didapati sejak Mei 2014 di JW Library 1.2, yang boleh digunakan bagi iOS 6.0 atau versi yang seterusnya. Jika anda tidak melihat fungsi ini, sila ikut langkah-langkah yang dinyatakan dalam rencana “Cara Menggunakan JW Library​—iOS,” bahagian Dapatkan Ciri-Ciri Terkini.