Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

JW LIBRARY BAHASA ISYARAT

Ciri-Ciri JW Library Bahasa Isyarat

Ciri-Ciri JW Library Bahasa Isyarat

JW Library Bahasa Isyarat merupakan aplikasi rasmi Saksi-Saksi Yehuwa. Aplikasi ini dapat memuat turun, mengatur, dan memainkan video bahasa isyarat dari jw.org.

Tontonlah video bagi bahan-bahan terbitan lain dan Bible dalam bahasa isyarat. Muat turun semuanya ke dalam alat mudah alih anda agar dapat menontonnya apabila anda tidak mempunyai Internet. Nikmatilah gambar, navigasi yang ringkas, dan ciri-ciri yang mudah digunakan.

 

Navigasi yang Ringkas

Halaman Bible membolehkan anda untuk menonton buku-buku kecil Terjemahan Dunia Baharu yang telah dikeluarkan. Anda juga boleh menonton ayat-ayat Bible yang terdapat dalam bahan terbitan yang sudah dikeluarkan, biarpun Terjemahan Dunia Baharu belum lagi disediakan dalam bahasa isyarat tersebut. Halaman Bahan Terbitan memaparkan bahan terbitan lain dan wayang yang terdapat di jw.org.

 

Mencari Ayat Bible

Semasa anda menonton video bahan terbitan, tekan butang Bible. Video akan berhenti semasa anda mencari dan menonton ayat Bible. Kembali ke halaman Bahan Terbitan untuk menyambung semula video yang sedang dimainkan.

Cara Muat Turun Video

Video-video yang belum anda muat turun akan ditandakan dengan ikon berbentuk awan. Tekan pada mana-mana video untuk muat turunnya dari jw.org. Tekan butang Muat Turun Semua untuk muat turun semua video dalam halaman itu. Tekan butang Lebih Banyak untuk memadamkannya daripada alat elektronik anda.

 

Pengurusan Ruang

Anda boleh memilih sama ada untuk memuat turun video yang bersaiz besar (berkualiti tinggi) atau yang bersaiz kecil (berkualiti rendah). Jika alat elektronik anda mempunyai slot untuk kad SD, anda boleh memilih untuk memuat turun video ke dalam kad SD atau ruang penyimpanan alat tersebut.

 

Pemain Video yang Mudah Digunakan

Berikut merupakan cara pintas untuk memainkan video-video:

  • Tekan menggunakan dua jari: Main atau menghentikan video buat sebentar.

  • Luncur ke kiri: Terus ke penanda yang seterusnya.

  • Luncur ke kanan: Terus ke penanda yang sebelumnya.

  • Luncur ke atas: Mainkan video dengan lebih cepat.

  • Luncur ke bawah: Mainkan video dengan lebih lambat.

  • Tekan sekali: Memaparkan atau menyembunyikan kawalan.

Sokongan

Jika anda mempunyai soalan tentang JW Library Bahasa Isyarat, seorang kawan yang biasa menggunakannya mungkin dapat membantu anda. Jika tidak, sila hubungi pejabat cawangan kami yang terdekat.