Gunakan fungsi Carian untuk mencari sebuah video atau audio di tv.jw.org.

Klik butang Cari untuk membuka tetingkap Cari.

Sila taip perkataan yang berkaitan dengan video, lagu, atau audio dalam ruangan Carian yang disediakan. Sebagai contoh, taipkan sebahagian daripada tajuk bahan berkenaan, nama orang, atau peristiwa yang terdapat dalam program yang anda inginkan. Seraya anda menaip, program yang sepadan akan muncul. Kemudian, klik gambar atau tajuk program yang sedang anda cari.

Sertakan tanda petikan untuk mencari frasa yang serupa dengan tajuk program.

Hasil carian akan memaparkan bahan audio dan video. Bagi memudahkan pencarian anda, tekan butang Video untuk menunjukkan senarai video sahaja atau butang Audio untuk senarai audio sahaja.

Hasil carian hanya akan memaparkan 24 bahan yang sepadan dengan perkataan yang ditaipkan. Tetapi, jumlah keseluruhan bagi carian yang sepadan juga akan dinyatakan (misalnya, “Menunjukkan 24 daripada 28”).

Jika anda tidak menjumpai bahan yang anda inginkan, taip perkataan tambahan untuk mencari dengan lebih spesifik. Misalnya, jika anda taip “siaran” dalam ruangan carian untuk mencari Siaran JW yang tertentu, anda boleh menyertakan bulan dan tahun, nama pengacara program itu, atau topik utama bagi bulan tersebut.