Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Siaran JW dalam Talian

Siaran JW dalam Talian

Siaran JW mengandungi rancangan televisyen dalam talian yang berfaedah untuk seisi keluarga, agar iman mereka dikuatkan. Tontonlah video yang dihasilkan di studio Siaran JW, dan juga video yang diambil dari laman web jw.org. Tontonlah salah satu saluran Streaming yang menunjukkan video 24 jam sehari, atau cari dan mainkan video dalam bahagian Video atas Permintaan. Di bahagian Audio, anda dapat mendengar pelbagai rancangan audio, termasuk muzik, drama, dan pembacaan Bible yang dramatik.

Tontonlah Siaran JW dalam talian di tv.jw.org dengan menggunakan komputer, tablet, atau telefon pintar. Anda juga boleh menonton Siaran JW di televisyen anda dengan menggunakan Amazon Fire TV, Apple TV, atau pemain media digital Roku.

 

 

DALAM BAHAGIAN INI

Tonton Rancangan Streaming di TV.JW.ORG

Belajar cara menggunakan ciri streaming di komputer, tablet, atau alat mudah alih. Belajar juga cara memilih saluran lain atau melihat jadual siaran.

Tonton Video atas Permintaan di TV.JW.ORG

Tonton video yang disyorkan pada bila-bila masa. Carilah video, gunakan kawalannya—berhenti sejenak, main dari awal, atau maju ke depan. Main semua video dalam koleksi.

Mendengar Audio di TV.JW.ORG

Nikmati pembacaan Bible yang dramatik dan muzik. Mainkan satu fail audio atau seluruh koleksi.

Cara Mengubah Tetapan untuk Komputer, Tablet, atau Telefon Pintar

Pilih resolusi video yang diingini, aktifkan atau nyahaktifkan sari kata, pilih saluran streaming yang diingini.

Fungsi Carian untuk Audio dan Video dalam TV.JW.ORG

Cari video, lagu, atau audio dengan mudah.

Soalan Lazim​—Siaran JW (Dalam Talian)

Dapatkan jawapan bagi soalan yang lazim ditanya.