Bahagian Streaming di Siaran JW agak mirip dengan program televisyen. Bahagian ini mempunyai beberapa saluran dengan rancangan yang ditetapkan. Pilih satu saluran untuk menonton program yang sedang disiarkan. Jika anda inginkan fungsi mengawal video (seperti menontonnya dari mula, berhenti sebentar, mainkan semula, atau main bahagian depan dahulu), sila pergi ke bahagian Video atas Permintaan.

(Perhatian: Dalam panduan ini, gambar rajah alat kawalan Roku 3 digunakan. Alat kawalan anda mungkin sedikit berbeza.)

Ikut arahan-arahan berikut untuk menonton rancangan streaming Siaran JW pada Roku:

 Menonton Saluran Streaming

Pilih Streaming daripada laman utama Siaran JW untuk melihat saluran-saluran yang ada.

Gunakan anak panah Kiri dan Kanan untuk melihat saluran-saluran yang ada. Saluran yang disoroti akan muncul di tengah skrin dengan imej, tajuk, dan keterangan ringkas. Tekan butang OK untuk memilih saluran yang disoroti.

Sementara video dimuatkan, menu saluran akan memaparkan nama saluran, tajuk video yang dimainkan, dan tiga video yang akan ditayangkan seterusnya.

Tip: Jika video sudah dimuatkan dan anda ingin menutup menu saluran, anda boleh tekan anak panah Kiri pada alat kawalan Roku anda.

 Memilih Saluran Lain

Jika anda ingin menukar ke saluran lain semasa menonton satu saluran streaming, ada dua cara untuk berbuat demikian:

  • Kembali ke skrin yang memaparkan pilihan saluran

    Tekan anak panah Kiri atau butang Kembali untuk pergi ke skrin yang memaparkan pilihan saluran. Gunakan anak panah Kiri dan Kanan untuk melihat saluran-saluran yang ada. Tekan butang OK untuk memilih saluran yang diingini.

  • Terus ke saluran lain

    Semasa anda menonton satu saluran streaming, tekan anak panah Atas atau Bawah untuk pergi ke saluran seterusnya atau yang sebelumnya. Sementara video dimuatkan, menu saluran akan menunjukkan nama saluran dan tajuk video. Tekan anak panah Atas atau Bawah untuk melihat saluran lain, atau tunggu sehingga video dimuatkan.

 Menggunakan Menu Saluran

Semasa anda menonton satu saluran streaming, tekan anak panah Kanan untuk melihat menu saluran.

Selain daripada menunjukkan nama saluran dan tajuk bagi video-video yang sedang dan yang akan dimainkan, menu ini mempunyai dua fungsi: Mainkan dari Permulaan dan Tunjukkan Sari Kata. Tekan anak panah Atas atau Bawah untuk menggerakkan penanda, dan tekan butang OK untuk memilih salah satu daripadanya.

  • Mainkan dari Permulaan: Pilihan ini membolehkan anda menonton video yang dipilih di bahagian Video atas Permintaan. Di situ anda dapat memainkan video dari permulaan dan mengawal video yang sedang dimainkan.

  • Mainkan dengan Sari Kata: Pilihan ini membolehkan anda melihat video berserta sari kata, dan mengaktifkan sari kata (jika ada) untuk semua video di bahagian Streaming atau Video atas Permintaan. Jika anda tidak ingin melihat sari kata, sila pergi ke menu ini sekali lagi dan pilih Mainkan tanpa Sari Kata. (Perhatian: Anda hanya dapat lihat opsyen ini jika video yang sedang anda tonton mempunyai sari kata.)

Untuk menutup menu saluran, tekan anak panah Kiri atau Kanan, atau butang Kembali.