Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

SIARAN JW

Soalan Lazim​—Siaran JW (Roku)

Soalan Lazim​—Siaran JW (Roku)

Mungkin istilah carian anda tidak tepat. Sila lihat panduan Memasang Siaran JW. Satu lagi sebab ialah pemain Roku anda tidak disokong buat masa ini. Siaran JW tidak disokong untuk model Roku generasi pertama.

Lihat senarai bahasa yang disediakan untuk Roku. Untuk tukar ke bahasa lain, pergi ke Tetapan di laman utama dan gunakan opsyen Select a Language (Pilih Satu Bahasa).

 

Anda boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi Siaran JW secara percuma.

 

Anda memerlukan kad kredit yang sah semasa mendaftar untuk akaun Roku kerana bukan semua kandungan di Roku Channel Store adalah percuma. Anda akan dikenakan bayaran hanya apabila anda memilih untuk membeli sesuatu. Untuk maklumat lanjut, sila layari bahagian bantuan di laman Roku.

 

Pilihan Mainkan dengan Sari Kata tiada buat sementara waktu untuk sesetengah video yang diterbitkan baru-baru ini di Siaran JW bagi Roku. Sari kata itu akan disediakan selepas beberapa bulan nanti. Sementara itu, pengguna Roku boleh melihat sari kata daripada komputer atau alat mudah alih dengan menggunakan tv.jw.org. Untuk melihat sari kata, sila pergi ke skrin Tetapan dan klik petak Paparkan sari kata jika ada.

 

Anda boleh meminta bantuan daripada seorang kawan yang mahir menggunakan Siaran JW atau Roku. Jika soalan anda berkaitan dengan akaun atau aplikasi Roku anda, sila layari bahagian bantuan di laman web Roku. Jika masalah anda berkaitan dengan aplikasi Siaran JW, sila hubungi pejabat cawangan kami yang terdekat.