Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

SIARAN JW

Fungsi Carian untuk Audio dan Video dalam Amazon Fire TV

Fungsi Carian untuk Audio dan Video dalam Amazon Fire TV

Gunakan fungsi Carian untuk mencari sebuah video atau audio dalam Siaran JW.

Di halaman utama, tekan butang Cari. Kemudian, tekan butang Pilih untuk memulakan carian anda.

Taipkan perkataan yang sepadan dengan apa yang anda cari. Kemudian, tekan Pilih. Sebagai contoh, taipkan sebahagian daripada tajuk bahan berkenaan, nama orang, atau peristiwa yang terdapat dalam program yang anda inginkan. Seraya anda menaip, program yang sepadan akan muncul. Gunakan alat kawalan jauh untuk mencari bahan yang diingini dengan menekan butang Atas, Bawah, Kiri, dan Kanan. Pilih gambar atau tajuk program yang anda inginkan dan tekan Pilih.

Sertakan tanda petikan untuk mencari frasa yang serupa dengan tajuk program.

Hasil carian akan memaparkan bahan yang mengandungi audio dan video. Bagi memudahkan pencarian anda, tekan butang Video untuk menunjukkan senarai video sahaja atau butang Audio untuk senarai audio sahaja.

Hasil carian hanya akan memaparkan 24 bahan yang sepadan dengan perkataan yang ditaipkan. Tetapi, jumlah keseluruhan bagi carian yang sepadan juga akan dinyatakan (misalnya, “Menunjukkan 24 daripada 28”).

Jika anda tidak menjumpai bahan yang anda inginkan, taip perkataan tambahan untuk mencari dengan lebih spesifik. Misalnya, jika anda taip “siaran” dalam ruangan carian untuk mencari Siaran JW yang tertentu, anda boleh menyertakan bulan dan tahun, nama pengacara program itu, atau topik utama bagi bulan tersebut.