Bahagian Audio mengandungi koleksi-koleksi audio, termasuk muzik, drama, dan pembacaan Bible yang dramatik.

(Perhatian: Alat kawalan anda mungkin kelihatan berbeza daripada gambar rajah yang digunakan dalam panduan ini.)

Pilih Audio daripada laman utama untuk melihat koleksi audio yang ada. Ikut langkah-langkah di bawah untuk mencari dan mendengar program audio:

 Mendengar Program Audio

Setiap baris merupakan satu koleksi audio. Nama koleksi dipaparkan di sebelah atas baris.

  • Atas dan Bawah: Lihat koleksi yang lain.

  • Kiri dan Kanan: Lihat program-program audio dalam sesebuah koleksi.

Tekan Select (Pilih) untuk memilih program yang diserlahkan dan untuk memuatkan skrin Butiran Program Audio.

Pilih salah satu:

  • Main: Mainkan program audio dari mula.

  • Mainkan Semua: Mainkan semua program audio dalam koleksi yang disoroti, bermula dengan program yang ditunjukkan di skrin. Program akan berhenti apabila semua program dalam koleksi telah dimainkan.

  • Sambung (Resume): Sambung mendengar program audio yang dihentikan tadi.

Baris di bawah skrin Butiran Program Audio menunjukkan video lain dalam koleksi yang sedang ditonton. Tekan Bawah untuk memilih video daripada koleksi itu, Atas untuk kembali ke skrin Butiran Program Audio.

 Mendengar Koleksi Audio

Selain daripada mendengar program audio satu demi satu, anda juga dapat mendengar semua program dalam satu koleksi. Pilih koleksi yang ingin anda dengar, kemudian pilih salah satu daripada pilihan yang berikut:

  • Mainkan Semua: Mainkan semua program dalam koleksi, bermula dengan program yang pertama.

  • Rombak: Mainkan semua program dalam koleksi secara rawak.

Program akan berhenti apabila semua program dalam koleksi telah dimainkan.

 Kawalan Audio

Semasa program audio dimainkan, anda dapat mengawalnya dengan alat kawalan Amazon Fire TV dengan cara berikut:

  • Main/Jeda: Berhenti sebentar. Tekan butang yang sama sekali lagi untuk sambung main.

  • Laju ke Depan: Program audio dimainkan dengan cepat. Tekan butang Main untuk sambung main dengan kelajuan biasa.

  • Main Semula: Pergi ke arah permulaan program audio. Tekan butang Main untuk sambung main.

  • Mundur: Kembali ke skrin Audio.