Siaran JW mengandungi rancangan televisyen dalam talian yang berfaedah untuk seisi keluarga, agar iman mereka dikuatkan. Tontonlah video yang dihasilkan di studio Siaran JW, dan juga video yang diambil dari laman web jw.org. Tontonlah salah satu saluran Streaming yang menunjukkan video 24 jam sehari, atau cari dan mainkan video dalam bahagian Video atas Permintaan. Di bahagian Audio, anda dapat mendengar pelbagai rancangan audio, termasuk muzik, drama, dan pembacaan Bible yang dramatik.

Tontonlah Siaran JW dalam talian di tv.jw.org dengan menggunakan komputer, tablet, atau telefon pintar. Anda juga boleh menonton Siaran JW di televisyen anda dengan menggunakan Amazon Fire TV, Apple TV, atau pemain media digital Roku.